Sinopsis & Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
October 12, 2008 by M
SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita dek kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku.
Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.
Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.
Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.
Trailer Selamat Pagi Cinta!







bengang2003 on Thu, 16th Oct 2008 12:55 am
macam best je cerita ni..
[Reply]
eda on Sat, 8th Nov 2008 12:32 pm
nampak macam menarik crita ni.hopefully dapat sambutan…congratulation.
[Reply]
Angah on Sat, 8th Nov 2008 12:41 pm
Hmm..jom kite tonton citer ni..
[Reply]
dyla on Sat, 8th Nov 2008 1:10 pm
besnyer citer ni….
pelakon2 pm bes…
[Reply]
maria on Wed, 12th Nov 2008 3:37 pm
cte nih mesti sedeh…. cte cam best sangat! mesti comel sangat kisah dieorang… mesti tonton nih…
[Reply]
miss87 on Mon, 17th Nov 2008 12:20 pm
warghh..cm kenal jek tmpah kuliah dorng..huhu..blakon kat upm rupenye..kui2
[Reply]
Niwie on Thu, 20th Nov 2008 9:39 am
Emmm…mcm okey gak cite ni….mai lah we tgk ramai2 sape lg nk kasi support filem kita if bkn kita org Malaysia kan jom ah….
[Reply]
aisyah on Fri, 21st Nov 2008 8:20 pm
aq dh tgk………
sdeh giler…….
[Reply]
zatee on Sun, 23rd Nov 2008 11:21 pm
i nk tau sgt lgu version violin dlm lgu nihh.
im begging..
[Reply]
Aku Minat Fazura | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia on Mon, 24th Nov 2008 8:44 am
[...] tidak dalam dunia realiti.Kalau tidak silap aku filem terbaru yang dilakonkan oleh Fazura adalah Selamat Pagi Cinta.Itulah sedikit surat cinta untuk Fazura. adv_username = “bizmalaya”; adv_gid = “bizmalaya_default”; [...]
sayang Fazura on Mon, 24th Nov 2008 9:16 am
mmg minat sgt ngan Fazura..
dia so natural, cute…kental!!
rase pun nk tgk filem ni…
all d best…puteri!!
[Reply]
chanteq.. on Mon, 24th Nov 2008 9:24 am
aku dh teng0k citer n.. mule² tu agak sl0w la cter n mcm b0san je..tp bile dh kt tgh2 citer dah best da..mmg sedey la tg0k fazura.. fazura mmg besh..
[Reply]
sweet on Mon, 24th Nov 2008 9:50 am
aku minat fazura tp kurang minat tgk filem mlayu.bkn sbb xbes tp lum hbs org dok cite psl ‘kehebatan’ se1 filem 2,dh kuar kt tv..ssh pyh aku dok batur li tiket wyg,bln dpn dh kuar tv!..tensen!..
[Reply]
yumi on Thu, 27th Nov 2008 1:32 am
sape tau soundtrack filem nih…nak tau sangat…
[Reply]
mrs.manz on Fri, 28th Nov 2008 3:44 am
mrsdah tgk citer ni semalam, tp baru harini bc sinopsis kat cni.. mcm ada sikit perbezaan sinopsis la dgn jalan citer kat wayang..
ada yg babak kene potong ke @ mrs yang terlepas pandang?
1) bila eh ILHAM kuar dari umah minggu2?xpasan lah pulak..
2)cinta suci X BERALIH ARAH cuma parents suci suh dia kahwin dgn pilihan family lor,kan?
tak mungkin lak lepas pandang, mrs concentrate gila tgk sehabis feeling..sampai nangis2, habis basah tangan org sebelah..hahhaha
btw,mrs tgh cari soundtrack film ni, sape2 tahu x?plz…
[Reply]