berita

Siti Saleha Curang Dengan Tunang?

October 21st, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Filem Balada Pencinta-5

Membaca tajuk di atas, pasti ramai peminat merasa hairan dan terkejut bukan? Bila agaknya Siti Saleha bertunang dan siapakah jejaka yang menjadi tunangannya itu?

Kalau nak tahu, jejaka tersebut merupakan seorang anak orang kaya dan memiliki kereta Ferrari berwarna merah. Jejaka itu juga merupakan pilihan ibu bapa Saleha sendiri dan mereka merancang untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Namun begitu, beberapa minggu sebelum berkahwin, Saleha dikatakan telah berlaku curang dengan tunangnya dan mula terpikat dengan seorang penyanyi jalanan bernama Amir. Hubungan tersebut bagaimanapun telah mendapat tentangan daripada ibu bapa Saleha kerana mereka berbeza darjat dan pangkat.

Bagaimanakah kisah cinta mereka selanjutnya? Adakah Saleha akan tetap berlaku curang dan sanggup melukakan hati kedua ibu bapanya? Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem Balada Pencinta yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 Oktober ini.

Filem Balada Pencinta-13

Saleha & Johan merupakan watak utama filem Balada Pencinta

Secara umumnya, Balada Pencinta merupakan filem arahan Khir Rahman dan ianya dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Johan As’ari, Siti Saleha, Syed Hussein, Norish, Azharani serta Faizal Hussein.

Menurut Saleha, ini merupakan filem pertama gandingannya bersama Johan dan menerusi kerjasama tersebut, aktres jelita ini akui merasa selesa serta memuji sikap profesional yang terdapat pada diri Johan.

Saya sangat selesa bekerjasama dengan Johan sebab dia merupakan seorang pelakon yang berdisiplin. Setiap kali sebelum memulakan sesi penggambaran, kami akan buat rehearsal dulu dan perbaiki mana yang kurang, agar semuanya berjalan dengan baik. Seronoklah sebab Johan seorang yang relax.

Dalam pada itu, Saleha akui sangat selesa melakonkan watak romantik dan merasakan babak tersebut sangat sesuai dengan dirinya. Namun begitu, Saleha tidak menolak jika suatu hari nanti dia diberi watak yang lebih mencabar berbanding sebelumnya.

Kalau boleh saya nak versatil sebab tak nak jadi pelakon yang stereotype. Tapi saya akui memang selesa untuk membawa watak yang romantik sebab ianya kena dengan jiwa saya.

Apa pun, untuk semua peminat Saleha, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik pelakon tersebut sekitar malam gala tayangan filem Balada Pencinta baru-baru ini.

SKIP THIS AD ×