berita

Sneakpeak : ‘Jejaka Idaman’ Nyanyian Raja Ema Diberikan Rentak Baru. Stail!

May 29th, 2012 | by M | 18 comments
Kini Trending


Sudah menjadi trend hari ini apabila sesebuah lagu lama dinterpretasikan dalam bentuk baru bagi memenuhi kehendak pendengar masa kini. Bagaimana pula bunyinya apabila sebuah lagu berjudul ‘Jejaka Idaman’ yang pernah di popularkan oleh penyanyi 80-an, Raja Ema diberikan nafas baru yang lebih urban?

Seorang penyanyi solo pop yang masih dirahsiakan identitinya bakal menggegarkan anda dengan menyanyikan semula versi baru lagu ini bersama gubahan muzik terbaru dan lebih urban daripada DJ Fuzz dan juga lirik/melodi tambahan oleh salah seorang peserta Akademi Fantasia yang baru berjinak semula dalam bidang penulisan lagu.

Sesuai dengan susunan baru, lagu ini turut diberikan nama baru iaitu ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ dan penyanyi ini bakal meriliskan lagu penuh dan video muzik lagu ini pada hujung minggu ini.

Nantikan versi penuh dan video muzik ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama pendedahan identiti penyanyi baru pada Ahad ini. Enjoy sneakpeak preview selepas ini.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

18 Comments

  1. Luncai Emas says:

    wow,lamanya tak dengar lagu ni berkumandang di radio.tiba2 ada nafas baru.tak sabar nak dengar.best atau tak,siaplah saya komen.hahahaha

    (0)
  2. NurNana says:

    Lainnya cara menyanyi Raja Ema dengan singer baru ni..Raja Ema macam comel..yang baru ni macam..gersang sexy semacam camane ntah.But its good.Harap2 penyanyinya tak seksi-meksi.Menyampah dah tengok ramai sangat artis seksi seksa bagai!

    (0)
  3. Entah says:

    Entah entah makcik melah….? Ahahaha…lagu autotune…..????(??`)????

    (0)
  4. SpiderBoy says:

    Bunyinya macam autotune. Tapi auto tune yang tak menjejaskan suara. Harap-harap bahagian lain tak berbunyi macam T-PAIN atau MizzNina kalau tak,saya taknak supportlah!

    (0)
  5. Senorytazeela says:

    Ah! Gegar konon! Letup je lebih. Raja Ema tetap the best.Tak payah nak remake remake sangat.Baik buat lagu sendiri dari sibuk buat lagu orang.Ni mesti kekurangan idea nihhh.Confirm.

    (0)
  6. nilam says:

    tak enjoy pun…..keras je bunyi suara penyanyi ni…ema lagi best suara dia lagi manjaaa……

    (0)
  7. Nadia says:

    Nice.Terbaik!Nyanyikan dengan cara tersendiri,tak payah tiru cara raja ema nak kena manja2.biasanya orang akan tiru sebijik.penyanyi ni buat style sendiri.bagus,ini yang industri perlukan.nak nyanyi sama sebiji manja macam raja ema,baik masuk karaoke

    (0)
  8. Nadia says:

    Nice.Terbaik!Nyanyikan dengan cara tersendiri,tak payah tiru cara raja ema nak kena manja2.biasanya orang akan tiru sebijik.penyanyi ni buat style sendiri.bagus,ini yang industri perlukan.nak nyanyi sama sebiji manja macam raja ema,baik masuk karaoke.betul tak?

    (0)
  9. Raja Ema Lover says:

    Good job!!!!!!!!!Dah google search siapa penyanyinya :)

    (0)
  10. hoyeah! says:

    OH COME ON MALAYSIAN.

    Benda belum keluar lagi dah comment. Kita tunggu je lagu full dah keluar, baru lah boleh comment. Plus artis ni bawa stail sendiri, bukan tiru 100%, dari segi muzik ataupun lirik.

    We just wait for the song to release.

    It might be good, who knows. Right?

    :)

    (0)
  11. sleepyhead says:

    new remake sucks just based on the voice..average at best..rosak lagu je la..ishhh

    (0)
    • Raja Ema Lover says:

      Huh,whats up with this all negativities?She can at least sing better than MizzNina ok?Get a grip,sleepyhead! I even let my friend from Los Angeles listen to the full song and he said its good.Haprak la orang Malaysia,orang luar say good,,korang cakap camni.Dapat kumpul ramai-ramai orang mcm sleepyhead ni,HANCUS~

      (0)
  12. SerinditBesi says:

    Macam ni la baru lain dari lain dari yang lain.Ini tak.semua nak tiru yuna dgn najwa latip maen gitar je sambil nyanyi.bosan ah.ni nari-nari sikit.suara not bad.boley improve.muka pun cun,aku da tengok gambar.gud2.keep it up,lynzay.mana muzik video tak jumpe pun kat youtube.kata ahad rilis :(

    (0)
  13. puteri says:

    macam tak sedap la dia nyanyi balik….
    suka yang original…
    tak payah la nak baru kan lagu lama semua….

    macam dah takde idea nak buat lagu baru ke…?
    asyik nak baru kan lagu lama…

    (0)
  14. Remake yang sgt teruk! tak best langsung..

    (0)
  15. Raja Ema Lover says:

    Kesian Lynnzay.Takpe kak,taste orang lain-lain.Do your thing.Bagi saya,sedap.Jaga expect semua orang akan suka.Keep it up!

    (0)