berita

Monday Music : Snoop Dogg Kecewakan Peminat Dalam MV Terbaru Psy, Hangover

June 9th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-06-09 at 14.51.39

Dari awal hingga habis lagu dimainkan, bait-bait lirik single terbaru Psy berjudul Hangover hanya bercerita mengenai minuman beralkohol dan mabuk sahaja. Motif sebenar tak dapat dipastikan, lol!

Tapi apa yang pasti, muzik videonya masih mengekalkan lawak gila-gila Psy sama seperti di dalam MV Gangnam Style dan Gentleman sebelum ini.

Lebih istimewa, MV Hangover tidak hanya diserikan dengan penampilan Snoop Dogg selaku teman duet a.k.a rapper, tetapi G-Dragon dan CL dari kumpulan 2NE1 turut muncul sebagai cameo.

Screen Shot 2014-06-09 at 14.52.40

Pada minit-minit terawal MV ini peminat terus ditayangkan dengan adegan Psy muntah sambil Snoop Dogg tiba-tiba terjaga dari tidur dalam tab mandi sambil menari.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga babak Psy berenang-renang penuh gembira di dalam air pancut dan menayangkan hampir sebahagian badannya yang tidak berbaju.

Screen Shot 2014-06-09 at 14.52.22

Okay cukup dengan teaser adegan di dalam MV Hangover, anda boleh saksikan video keseluruhan di bawah ini nanti. Tapi apa yang menjadi isu adalah ramai tak berpuas hati dengan single terbaru ini. Kenapa?

Selain kecewa dengan lagu ini, ada juga yang berpendapat Snoop Dogg boleh lakukan lebih baik daripada apa yang dipaparkan dalam MV tersebut.

Screen Shot 2014-06-09 at 14.35.24

Screen Shot 2014-06-09 at 14.46.52

Screen Shot 2014-06-09 at 14.36.27

Apapun, berkemungkinan besar MV ini akan menjadi viral seperti video-video Psy yang lain. Anda rasa bagaimana? Mungkin bagi yang gemar berparti, ini adalah hiburan terbaru buat mereka.

SKIP THIS AD ×