berita

Spotify Nobatkan Adele Sebagai ‘Artis Paling Popular Di Tempat Kerja’

April 24th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Adele

Siapa suka mendengar muzik sambil bekerja? Menurut kajian, muzik berperanan merehatkan minda serta dapat memberi impak kepada emosi seseorang.

Maklum sajalah, bila fikiran tenang, kerja pun jadi senang. Terbaru, menurut kajian aplikasi muzik Spotify, ia mendedahkan muzik boleh memberikan kelegaan daripada tekanan dan meningkatkan tumpuan.

Dan kerana itulah, penyanyi bertaraf antarabangsa, Adele telah dinobatkan sebagi artis paling popular di tempat kerja berbanding artis lain.

Arctic-Monkeys

Artic Monkeys turut menjadi pilihan pendengar

Untuk pengetahuan, 61 peratus daripada kajian setuju bahawa muzik dapat membantu meningkatkan mutu pekerjaan dan sebanyak 16 peratus daripada mereka memilih Adele, diikuti oleh Artic Monkeys (14%) dan Folk Foursome Mumford & Sons (13%).

Wah!! Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada Adele kerana berjaya membuat pendengar bersemangat untuk bekerja. Mana taknya, lagu-lagu Adele semuanya mempunyai keunikan tersendiri.

Kalau nak tau, aplikasi Spotify kini telah berkembang ke 55 buah negara termasuk Malaysia, Singapura dan Taiwan. Lebih mengujakan, jumlah pengguna aktif meningkat sebanyak 24 juta.

Apapun, buat pembaca OHBULAN! yang sedang bekerja, apa kata kita lihat dulu MV salah satu lagu popular Adele. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×