berita

Stupid Parody – Yuna ‘Sound’ Stesen TV Hasilkan Video Parody, Dakwa Boleh Musnahkan Karier

August 5th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2016-08-04 at 8.41.44 PM

Baru-baru ini penyanyi terkenal negara Yuna dikecam netizen gara-gara didakwa berpelukan dalam sebuah video semasa mengadakan persembahan bersama Usher. Bagaimanapun di dalam video terbabit jelas kelihatan Yuna pada awalnya seakan menolak permintaan Usher.

Reda dengan isu terbabit, beberapa hari lalu sebuah rancangan milik stesen stesen TV tempatan melakukan video parody lagu nyanyian Yuna bersama Usher. Namun ternyata video parody Jihan dan Syuk itu mengundang rasa kurang senang Yuna sendiri.

Tengok kelakar je, ada apa-apa yang tak kena ke dengan video tersebut? Ini luahan Yuna.

Boleh memusnahkan karier

Screen Shot 2016-08-04 at 8.42.35 PM

Menerusi akaun facebook peribadi miliknya, Yuna mencemuh tindakan produksi terbabit yang dikatakan biadap malah tidak peka dengan lawak yang dilakukan. Di dalam video terbabit, pelawak Syuk mengenakan make up menghitamkan wajahnya bagi meniru gaya Usher.

Tindakan demikian sangat sensitif terutamanya di Barat. Dalam erti kata lain racist. Sejarah ‘black face’ ini dah lama, orang kulit putih dulu-dulu ‘hitamkan’ muka mereka untuk buat persembahan kononnya nak meniru orang kulit gelap. Tapi tindakan tersebut sebenarnya tidak disenangi orang kulit gelap.

Tambah Yuna lagi, video parody terbabit boleh merosakkan karier dirinya dan berkemungkinan artis antarabangsa seperti Usher tidak mahu berkolaborasi dengannya lagi.

Its not funny

Screen Shot 2016-08-04 at 8.42.48 PM

Tidak mahu perkara ini bertambah buruk, Yuna meminta pihak berkenaan memadam segala video parody terbabit. Iyalah parody, parody juga kan tapi biarlah lebih peka sikit.

Pihak produksi bagaimanapun dah respon kenyataan Yuna ini dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Screen Shot 2016-08-04 at 9.28.11 PM

Screen Shot 2016-08-04 at 9.28.01 PM

https://www.facebook.com/KiniTrendingOfficial/videos/1042856462470707/

Sumber  : Yuna Zaraai

SKIP THIS AD ×