berita

Saya Kenal Siapa Menjaja Cerita Ini – Norish Karman

February 1st, 2013 | by Noraini Nasir | 18 comments
Isu & Kontroversi

Saya Kenal Siapa Menjaja Cerita Ini   Norish Karman

Malam semalam telah berlangsungnya majlis tahlil serta doa selamat yang dianjurkan oleh pelakon terkenal yang kini juga penyanyi, Norish Karman (NK) bertempat di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Menurut NK, majlis yang dilakukan olehnya ini adalah atas niat ikhlas sempena sambutan Maulidur Rasul dan ianya bukan bertujuan untuk menunjuk alim atau sebagainya.

“Tak perlu nak pertikaikan NK pakai jubah sekarang ini untuk tunjuk alim atau sebagainya. Kenduri ini memang niat saya sempena bulan Maulidur Rasul.”

Walaupun bukan sesi sidang akhbar secara rasmi, menerusi sesi ramah mesra bersama NK, pelakon ini telah melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan segala cerita-cerita negatif yang dilemparkan terhadap dirinya dan berharap agar segala kontroversi tersebut dihentikan.

“Sedih dengan cerita yang mengaitkan pasal diri saya. Saya sedih sebab saya tahu siapa yang memberi info negatif dan saya tahu apa tujuannya.”

“Saya kenal siapa yang menjaja cerita ini. Dia ada empat orang anak dan dia buat begini sebab irihati melihat anak-anak dia rapat dan sayang pada saya.”

“Saya kenal dia sejak lima tahun lalu dan saya dah anggap dia macam keluarga saya sendiri, sepertimana ramai keluarga angkat yang lain yang NK kenali”

Berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan antara NK dengan anak-anak wanita terbabit pada ketika ini, aktres tersebut bahawa anak-anak wanita tersebut mengadu padanya yang mereka sudah tidak tahan didera mental dan fizikal.

“Malah wanita tersebut juga sering mengadu dan menangis pada NK yang anak-anaknya tidak lagi patuh padanya. Saya cuma ingin membaikkan keadaan dengan berbincang dengan kesemua mereka secara bersemuka untuk mencari jalan penyelesaian, pada mulanya semua sudah dianggap selesai tapi rupanya dia masih tak puas hati.”

“Apa yang dah jadi saya redha dan saya serah pada Allah dan kebijaksanaan masyarakat. Kini, saya harap benda-benda macam ini dapat diberhentikan.”

“Dia tuduh saya simpan dokumen anak-anak dia? Apa lagi yang dia tak tuduh?” tegas NK penuh kesal.

Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melanda aktres berbakat ini, timbul juga persoalan di kalangan pihak media, benarkah dakwaan wanita tersebut yang mengatakan kononnya NK ingin merampas suaminya dan adakah benar NK rapat dengan suami wanita tersebut?

“Suami dia tu dah berusia 66 tahun dan saya hormat mereka sekeluarga.”

“Ini semua kerana perasaan irihati dan sifat ego”

“Saya manusia penuh kasih sayang ,saya sedih apabila cerita macam ini keluar. Saya ada anak-anak kecil yang bersekolah dan perkara ini mengganggu emosi mereka”

“Saya turut terkilan dengan sikap media tertentu yang menghentam peribadi saya tanpa merujuk pada saya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan”

Memandangkan kontroversi sebegini mampu memburukkan reputasi diri serta nama NK, jadi terdetik juga persoalan, benarkah ketika ini NK sudah tiada tawaran dalam bidang lakonan dan adakah perkara sebegini turut menutup periuk nasi NK?

“Memang dah 6 bulan saya tak berlakon. Kali terakhir saya berlakon adalah drama ‘Julia.’ Walaupun saya tak ada rezeki dalam berlakon, tapi saya masih ada dua belah tangan dan masih lagi mampu mencari rezeki dengan cara lain. Sekarang ini saya sedang jalankan perniagaan katering dari rumah dan menerima jemputan untuk memberikan ceramah motivasi di institut pengajian dan syarikat-syarikat.”

Merujuk perkembangan terbaru, Norish Karman kini sedang aktif menjalankan ‘NK road tour’ untuk promosi  albumnya yang berjudul ‘Terus Melangkah’ dan sejak minggu lalu dia telah pergi menjelajah ke beberapa buah negeri seperti di Johor Bharu, Singapura dan akan datang di Sabah serta Melaka. Kesemua ‘road tour’ tersebut mendapat tajaan beberapa badan korporat.

Kredit Foto : Danish

18 Comments

  1. dhiaarfa says:

    takpe lebih banyak dugaan itu tandanya Allah sayangkan kita… once kita redha atas segala dugaan yang menimpa terhapus satu dosa.. sabarlah NK, tuhan ingin mengujiMu.

    (0)
  2. Olga says:

    MOTIF KO NK BUAT ROAD TOUR BAGAI??????
    NYANYI PUN SUMBANG MAMBANG!

    (0)
  3. lavender says:

    eh sbelah NK tudung purple tu kenal la,nama sofia jahat gile mulut dia dulu, skang xtau la

    (0)
  4. Lily Nrman says:

    tu ler…mak saya pesan sokmo..
    buat baik biarlah berpada-pada. Tak rapat sgt dan tak renggang sgt.
    Nanti ada musibah, susah nak ‘keluar’.

    (0)
  5. anti olga says:

    Mlut bapuk jahatla..

    (0)
  6. kak bedah says:

    diam lahh ko norish.
    kau jumpa bomoh tu memula sebab ko guna khidmat dia kan?

    (0)
  7. nano says:

    bukan bapak dia pun bomoh ke?

    (0)
  8. masmerah says:

    Ada juga terdengar Bapa NK ni bomoh, jadiknya anak bomoh berkawan dengan bomoh! Kalau betul, sekufukan, sama darjat? Tak habis-habis kontroversi minah ni. Tak pernah belajar kesilapan sendiri. NK, ‘you are not a trained and qualified person’ untuk menyelami permasaalahan keluarga orang lain.

    (0)
  9. chinta says:

    bukan taste NK ni yg tua2 ke???
    dlu pon laki ko tua jgk..ini sume mmg POYO..
    mengaku je lah.

    (0)
  10. Minah Kampung says:

    Dari dulu asyik menafikan gosip. Sudahnya terbongkar juga gosip yg benar, dia yg bohong. Kita tunggu dan lihat sama ada yg ini benar atau bohong juga.

    (0)
  11. cikibum says:

    kaki spin!

    (0)
  12. miahaha says:

    org kate bile ckp bohong lelame mencuri..hihihi

    (0)
  13. cute says:

    entah lah…x minat sgt dgn dia nie…x ada dlm dunia hiburan pon x ape…bosannnnnnnnnnnnn…
    kata nye,ada anak luar nikah…dgn aorg tue 66 thn tue ker?

    (0)
  14. ok says:

    Dalam masjid still lagi nak bercerita pasal orang lain. Buat la luahan perasaan tu dekat tempat lain

    (0)
  15. mott says:

    btoi ker NK der ank luo nikah tuh??mner dtg ank tuh ek??mm..xnk trus terang tuh yg org lagik nk tau..
    ker mang xbleh trus trang??

    (0)
  16. intan says:

    SUBHANALLAH MENGATA LAGI INSAF LA WAHAI MANUSIAAA……..KITA TAK TAHU YG AKAN DTG KITA MCM MANA…

    (0)
  17. maktemah says:

    Ala si NK ni… jumpa kat luar sombong gila…gila pun tak sombong mcm ko weh… makcik2 senyum kt ko sikit pun ko tak respond… bukti? masa tu ko naik honda prelude siapa tah… buat2 tgk hp bila fans senyum…puii

    (0)