berita

Suami Fasha Sandha Mahu Anak Lelaki Lagi Untuk Tubuh Pasukan Polo

May 12th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-05-12 at 12.27.36 PM

Nampaknya makin cerialah kehidupan pasangan romantis, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli ataupun lebih dikenali sebagai Jejai selepas ini.

Artikel Berkaitan: Anak Sulung Belum Cecah 1 Tahun, Fasha Sandha Dikatakan Hamil Lagi

Dikurniakan Putra Rayfal kira-kira setahun yang lalu, usia kandungan kedua Fasha kini sudah pun mencecah tiga bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan November depan.

Namun, apa yang lebih menarik, menerusi laporan Mstar Online, Fasha memberitahu bahawa suaminya berharap agar kandungan keduanya itu adalah bayi lelaki kerana ingin menubuhkan sebuah pasukan Polo yang memerlukan empat orang pemain.

Screen Shot 2014-05-12 at 12.28.31 PM

Kandungan Fasha kini sudah mencecah usia tiga bulan

“Alhamdulillah suami gembira dengan berita kehamilan saya dan mengharapkan agar dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki untuk dijadikan sebuah pasukan Polo.

Sekarang sudah ada tiga (suami, Rayqal dan Rayfal) jadi perlukan seorang lagi untuk lengkapkan satu pasukan Polo kerana sukan itu memerlukan empat pemain. Insya Allah, apa pun saya terima.”

Bersikap berdiam diri di awal kehamilannya, Fasha memberitahu bahawa dia berbuat sedemikian kerana merasakan berita tersebut masih terlalu awal untuk dikongsi bersama peminat.

Nasib baik mahu tubuhkan pasukan polo sahaja. Buatnya Jejai mahu buat pasukan bola sepak pula bagaimana agaknya ya? Apapun, jom kita lihat foto-foto terbaru Fasha di bawah!

Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×