berita

Suami Umie Aida Dilucut Jawatan Kerana Bankrap

March 5th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Suami-Muflis-Rumah-Mewah-Umie-Aida-Bakal-Dilelong-ROTIKAYA-700x496

Umum semua tahu bahawa suami kepada Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan telahpun dilucutkan jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan baru-baru ini.

Antara sebab utama kenapa jawatan Khairuddin ditarik balik adalah kerana ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu disahkan muflis tahun lepas.

Ia juga selaras dengan Perkara 9A(1)(d) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seorang bankrap yang belum dilepaskan (undischarge bankrupt) tidak boleh memegang sebarang jawatan di dalam pertubuhan.

Beliau (Khairuddin) telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap oleh mahkamah pada 24 Mei tahun lepas dan satu laporan mengenai kebankrapan dirinya telah dibuat ke ibu pejabat UMNO. – Astro Awani

Dalam masa yang sama, timbul juga spekulasi lain yang mendakwa kelantangan Khairuddin mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara punca dirinya kehilangan jawatan itu.

Sekitar bulan Disember tahun lalu, Khairuddin telah membuat laporan polis terhadap 1MDB dan menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap syarikat itu bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangannya.

Umie Aida Tunai Umrah

salam semua ??????

A photo posted by Umie Aida (@umieaida818) on

Tapi apa yang lebih menarik perhatian kami, Umie Aida dilihat telah bertolak mengerjakan umrah pada hari yang sama berita Khairuddin sah dilucutkan jawatan.

Barangkali trip umrah ini telah dirancang berbulan lamanya, tapi ada pula yang mendakwa pemergian Umie ke tanah suci berikutan pelbagai kontroversi yang melanda suami dan rumahtangganya sejak kebelakangan ini.

Semoga segala urusan Umie di sana dipermudahkan dan kami doakan selamat pergi dan kembali serta mendapat umrah yang mabrur.

SKIP THIS AD ×