berita

Hampir Cecah 30 Tahun, Hafiz Hamidun Serah Pada Keluarga Cari Calon Isteri

March 19th, 2014 | by Ai
Kini Trending

hafiz hamidun-3

Nama Hafiz Hamidun pastinya bukan asing lagi bagi peminat industri muzik tanah air. Malah, sejak melancarkan video muzik terbaru yang berjudul ‘Jodoh Berdua’, ramai peminat mula melihat bakat yang dimiliki olehnya.

Namun begitu, penyanyi dan komposer terkenal ini tidak pernah sedikit pun berselindung perihal kisah peribadi terutamanya soal cinta.

Seperti manusia biasa, bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC ini mengakui dia juga mempunyai impian untuk mendirikan rumahtangga.

hafiz hamidun-4

Ketika ditemui, jejaka berusia 30 tahun ini mengaku sedang mengenali hati budi seorang wanita pilihan keluarganya.

“Alhamdulillah, perbincangan diperingkat keluarga sudah dibuat dan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Memang keluarga sudah membuat perbincangan mengenai calon isteri saya. Pada saya, sekarang ini saya sudah tiada masa untuk bercinta, banyak perkara harus difikirkan. Jadi, saya ikut saja apa yang terbaik buat saya dan keluarga.”

Hafiz turut mendedahkan dia kini sudah mengenali gadis itu selama sebulan dan kedua-dua keluarga sedang membincangkan apa yang terbaik untuk mereka berdua.

Ditanya ciri-ciri wanita pilihannya, Hafiz berkata dia tidak menetapkan apa-apa ciri tetapi hanya mengharapkan wanita yang boleh menerima dan memahami kerjayanya sebagai anak seni serta yang paling penting dia diterima oleh keluarga.

Menyentuh perkembangan terbaru penyanyi ini, Hafiz memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani proses pembikinan album terbarunya dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah tidak lama lagi.

Kalau nak tahu, Hafiz Hamidun juga bakal muncul dalam rancangan terbaru kami iaitu ‘Live Di Bulan‘ hari ini. Jadi kepada peminat jejaka ini, sama-sama kita nantikan kemunculannya jam 1.30 tengah hari nanti ya.

SKIP THIS AD ×