Laman Utama » Berita Terkini

Ditinggalkan di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun, kemudian melarikan diri ketika berusia 5 tahun akibat didera. Sung Bong Choi, mempunyai kehidupan yang amat berbeza dengan kanak-kanak yang pernah seusia dengannya. Dia menanggung kehidupannya dengan menjual gula-gula getah & air bertenaga selama 10 tahun, namun masih mampu masuk ke sekolah sehingga tamat pengajian tinggi.

Dia tidur di tepian jalan, di tandas sebagaimana yang sering dialami oleh kanak-kanak jalanan yang lain. Apabila kami menyelami kehidupannya, terasa terkilan pula dengan anak-anak muda zaman sekarang yang lebih gemar ponteng sekolah, melawan guru, merempit & menyalahguna dadah. Bayangkan, Sung Bong Choi yang tidak punyai apa-apa, masih mampu bersekolah & kini dia telah mengagumkan seluruh dunia dengan persembahan lagu berjudul Nella Fantasia.

Serius, goosebumps! Yah, kita patut ada rancangan Malaysia Got Talent.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Video : Saiful Apek Ingin Berdamai