berita

Syafiq Kyle Jawab Tuduhan Pukul Uqasha Senrose Hingga Cedera

March 24th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-24 at 11.23.59

Ish ish ish, kami pantang betul dengan sikap lelaki yang suka naik tangan. Kalau belum kahwin pun dah berani pukul pasangan, lebih baik jangan jadikan suami.

Tapi sebenarnya kami pelik juga macam mana Syafiq Kyle boleh dituduh memukul Uqasha Senrose sedangkan tuan punya badan menafikan perkara tersebut.

Tuduhan Tak Berasas?

Screen Shot 2015-03-24 at 11.23.22

Screen Shot Uqsha

Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan.

Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remeh dan mengarut.

Pihak yang buat dakwaan itu nampaknya tidak mengenali saya secara peribadi dan atas dasar apa dia buat dakwaan seperti itu.

Siapa Pula Ben Ali Dalam Hidup Uqasha?

Screen Shot 2015-03-24 at 11.28.25

Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu.

Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh.

Makanya dengan penjelasan Syafiq Kyle ini, desas desus yang mengatakan dirinya dan Uqasha sudah berpisah pun tak benarlah ya. Tapi Uqasha nampaknya dah delete gambar Syafiq di Instagram. Hmm.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×