berita

Syukur, Income Aku Lima Digit. Nak Tahu Rahsianya?

February 27th, 2014 | by Ai
Shout Out!

PhotoGrid_1393442111652-picsayOrang kata, selain keluarga, rakan-taulan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan seseorang individu. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada di antara kita yang sanggup membuat apa sahaja di atas nama persahabatan – termasuklah membuat muka fake seolah-olah berminat mendengar penerangan seorang rakan mengenai skim cepat kaya (MLM).

Bayangkan seorang rakan yang bertahun tidak berjumpa tiba-tiba menghubungi kau dan bersungguh-sungguh mahu berjumpa. Rindu katanya. Dek kerana kau berkongsi sentimen yang sama, kau batalkan segala perancangan demi memenuhi ajakan si rakan itu.

Tiba di lokasi, dari jauh dia melambai kau dengan penuh girang. Sebaik punggung dilabuhkan, perbualan menjadi semakin rancak. Sehinggalah secara tiba-tiba, si rakan pura-pura mengeluarkan kunci kereta berlambang BMWnya. Ditayangkan pula jam berjenama yang dipakai sambil mulut asyik bercerita mengenai banglo mewah yang didiaminya.

Dari situ kau dapat mengagak ayat seterusnya. Tak lain tak bukan.

“Kau nak buat income lebih?” Diikuti pula dengan “Sejak aku join, income aku sentiasa dalam 4 digit ke atas”. Tak tinggal, di setiap penghujung ayat disertakan dengan ‘Alhamdulillah’.

Saat tu, fikiran kau dah melayang. Kau dah mula persoalkan keputusan kau untuk bertemu dengan si rakan tadi. Dalam kepala, kau berkata “Kalau aku tahu kau nak promote MLM, memang malas aku datang”.

Tetapi, atas dasar kawan, kau pekakkan telinga sambil, membuat muka fake seolah-olah berminat mendengar penerangan itu. Jiwa kau terjerat.

SKIP THIS AD ×