berita

Syukur, Ramai Artis Wanita Telah Berhijab

December 19th, 2014 | by Wan
Kini Trending

hijabista

Kami di OHBULAN! tumpang gembira apabila mengetahui beberapa orang artis wanita telah berhijab sepenuhnya tahun ini. Sejuk mata memandang lagi-lagi bila melihat foto Neelofa bertudung, para lelaki di luar sana mesti mengalami sindrom bergetar tulang rusuk.

Penghijrahan mereka ini turut mendapat reaksi positif para peminat yang sememangnya sentiasa menyokong karier seni mereka. Harap Azwan Ali tak makan hati dengan throwback kami ini.

Neelofa Bertudung Sejak Ramadhan

neelofa-630x508

Pengacara Nona yang pernah mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA) ini dikatakan mula berhijab sekitar Ramadhan yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Hal ini disahkan sendiri oleh pengurusnya, Shawn Amer yang seringkali melihat Neelofa berhijab  apabila menghadiri acara tertentu.

Penceraian Menginsafkan Ana Dahlia?

annaaa

Pernah gagal dalam perkahwinan bersama dengan Chef Rizz, Ana Dahlia dikatakan telah berhijab sepenuhnya sekitar Julai yang lalu.

Artikel Berkaitan: Seorang Lagi Selebriti Berhijab – Ana Dahlia Makin Manis!

Melalui perkongsian beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya, Ana Dahlia dipuji peminat dek kerana penampilannya yang semakin menawan.

Rebecca Nur Al-Islam Jual Semua Baju Seksi

rebec

Sebaiknya sahaja pulang daripada menunaikan umrah pada Januari yang lalu bersama suami dan ahli keluarganya, Rebecca dikatakan mula berhijab dan bertindak menjual hampir kesemua koleksi bajunya.

Artikel Berkaitan: Sudah Berhijab, Rabecca Nur Al-Islam Jual Semua Baju Seksi

Tindakannya itu mendapat maklum balas positif peminat yang turut gembira dengan perubahan yang dilakukan Rebecca.

Uqasha Senrose Makin Jelita

gambar-uqasha-senrose-bertudung

Selepas beberapa kali memuat naik gambar dirinya bertudung, Uqasha Senrose mengakui bahawa dirinya sedang di dalam proses membiasakan diri untuk bertudung sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Dah Bertudung. Propa Atau Berubah?

Pernah dikaitkan bercinta dengan Pekin Ahmad, Uqasha bagaimanapun berharap agar peminat sentiasa mendoakan kariernya yang semakin meningkat naik itu.

SKIP THIS AD ×