berita

Syura Rangkul Gelaran Juara Masterchef Selebriti Musim Kedua

June 26th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Syura_MSM2

Mungkin berita ini bakal menjadi penggerak semula kepada perjalanan karier Syura yang semakin tenggelam sebelum ini. Kemenangan Syura didalam program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua (MSM2) telah berjaya menutup mulut sesetengah pengkritik disamping mengalahkan pencabarnya yang hebat, Celina Khor.

Jika Dato’ Fazley Yaakob telah bergelar juara pada musim pertama, untuk musim kedua ini Syura bukan sahaja merangkul gelaran yang sama, malah dia juga telah berjaya menyumbangkan wang tunai berjumlah RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Berlangsung selama 40 episod, Syura telah berjaya mengalahkan 19 orang pesaingnya termasuklah Rozita Che Wan, Syanie, Enot dan juga Kenchana Devi yang kami kira antara pesaing-pesaing hebatnya.

1044845_575509825832515_1671768698_n

Menerusi kenyataannya kepada mStar Online, Syura mendedahkan bahawa dia tidak menjangka akan memenangi program ini.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini. Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini.”

Tahniah diucapkan pada Syura dan juga peserta-peserta yang lain. Semoga bertambah murah rezeki Syura selepas ini. Mari lihat hidangan yang telah disediakan oleh Syura selepas ini ya. Memang menarik!

Sumber gambar : Facebook MSM2

SKIP THIS AD ×