berita

Syura Tertekan Dituduh Lupa Daratan Kerana Tak Mahu Rujuk

February 25th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

image

Tak ada siapapun dalam dunia ini yang menginginkan rumahtangga yang dibina berakhir dengan perceraian. Betul tak?

Kami pasti, Syura pun merasakan perkara sama. Namun, tak siapa pun tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh ibu muda ini apabila dia mengambil keputusan tak mahu rujuk semula dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin.

Melalui laporan mStar Online, Syura akui akibat dari tindakannya itu, ramai yang mencemuhnya di laman-laman sosial.

Syura Rasa Terhina

01-Lebih-200000-Kunjungi-Karnival-Planet-Gempak-Astro-ROTIKAYA

Dek kerana Syura tak mahu rujuk, ramai pula keyboard worrier yang menghentam dirinya.  Ini bukan kami yang cakap, Syura sendiri mengakui perkara ini.

Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu.

Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina.

Nak Hidup Berdikari Bersama Tiga Anak

sy

Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun.

Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya.

 

SKIP THIS AD ×