berita

T-Ara Lancar MV ‘First Love’ & Single Terbaru Jepun ‘Lead The Way’

February 21st, 2014 | by Amirah | 4 comments
K-POP

T Ara Lancar MV First Love & Single Terbaru Jepun Lead The Way

Kepada peminat K-Pop diluar sana, pasti anda sudah mengenali ahli-ahli kumpulan T-Ara yang terdiri daripada gadis-gadis comel ini bukan?

Kalau nak tahu, kumpulan yang dibintangi Eunjung, Boram, Hyomin, Jiyeon, Qri dan Soyeon ini baru saja melancarkan MV untuk lagu terbaru mereka yang berjudul ‘First Love’.

Tetapi, apa yang menjadi pertanyaan, dalam MV tersebut, hanya dua orang daripada ahli kumpulan mereka yang terbabit dalam menjayakan MV itu.

T Ara Lancar MV First Love & Single Terbaru Jepun Lead The Way

Walaubagaimanapun, MV tersebut tetap menarik dengan kehadiran penyanyi rap wanita baru iaitu EB yang juga bakal debut tidak lama lagi.

Lebih menarik, lagu ini merupakan sebuah lagu bergenre pop tango dan liriknya pula menceritakan kisah cinta pertama yang tidak dapat dilupakan.

T Ara Lancar MV First Love & Single Terbaru Jepun Lead The Way Tunjang utama MV ‘First Love’

Selain MV ‘First Love’, T-Ara turut melancarkan teaser single kesembilan dalam versi Jepun yang bertajuk ‘Lead The Way’ khas buat peminat yang sudah merindui kemunculan mereka.

T Ara Lancar MV First Love & Single Terbaru Jepun Lead The Way

Dalam teaser ini pula, semua ahli kumpulan ini kelihatan cantik, anggun dan feminin sesuai dengan konsep lagu yang lebih sentimental dan mempunyai melodi yang indah dan sedap didengar.

Untuk pengetahuan anda yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan T-Ara, single ‘Lead The Way’ bakal menemui peminat pada 5 Mac ini dan ‘First Love’ sudah boleh ditonton melalui laman Youtube rasmi mereka iaitu 1theK YouTube channel.

Apa-apa pun, jom kita lihat kedua-dua video mereka ini.

Amirah

Amirah

Executive Journalist at M Driven Sdn Bhd
Executive Journalist at OHBULAN! Studied Bach. Mass Comm (Hons) Journalism Talkative, hardworking, independent, enjoy gossiping & love singing :)

4 Comments

  1. tia says:

    there is no bully……i will love t-ara always and forever……………i love their song and all about them…………

    (2)
  2. hmm says:

    semakin lama muka semakin lain dari asal debut dulu.

    (0)
  3. annafitz says:

    dah x minat pasal kes buli~

    (-2)