
Akhil Hayy berkongsi pengalamannya ditahan oleh pihak JAIS kerana berceramah tanpa tauliah, kira-kira 3 tahun lalu. Menurut beliau, kes tersebut masih belum selesai kerana pihak JAIS tidak ada ‘point‘ untuk mendakwa diri’nya.
Bukan setakat Akhil Hayy, baru-baru ini isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin telah memanaskan suasana politik negara, kerana beliau ditahan ketika mengadakan ceramah di Taman Seri Ukay, Hulu Klang pada 1 November lalu.
Kata Akhil Hayy lagi, JAIS sepatutnya menumpukan tenaga kerja untuk membendung gejala maksiat dan bukannya menghalang penceramah untuk menyebarkan ilmu agama.
Kononnya, penahanan tersebut untuk membendung penyebaran ajaran sesat. Tapi kalau ikut logik akal, pernah ke anda lihat penyebar ajaran sesat boleh berceramah di tempat terbuka?

