
Rupa-rupanya, Rock adalah dalang sebenar kisah Mas AF2 di’masukkan ke dalam wad gila tempoh hari. Penulis agak terkejut kerana selama ini menyangka Mas AF2 benar-benar mengalami tekanan jiwa akibat ketiadaan album, akhirnya segala kebenaran telah terbongkar.
Kebenarannya, sewaktu Mas berada di’dalam wad gila, entah dari mana seorang lelaki yang bernama Rock telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki kepada Mas. Dengan serta-merta, nama Rock telah menjadi tumpuan media hiburan tanah air, kerana semasa itu pihak media tidak mendapat gambaran jelas mengenai kes Mas AF2, maka Rock menjadi sumber utama cerita.
Teruskan Membaca →

Demikianlah jeritan Mas AF2 ketika dia di’tempatkan dalam wad psikiatri atas sebab membuat kacau di Balai Polis Pandan Indah, Ampang.
Tekanan perasaan yang di’alaminya kerana tidak berjaya menyerlah dalam industri hiburan mendorong beliau untuk bertindak agresif. Perkara ini di’sokong oleh kenyataan teman lelakinya, Rock mengatakan teman wanitanya itu mungkin jadi begitu kerana harapan terlalu tinggi ketika datang ke Kuala Lumpur, di’tambah keinginan mahu mengubah kehidupan keluarganya.
Dalam satu akhbar dahulu, dia pernah berkata untuk mengumpul harta di’ KL. Malangnya, harapan tinggal harapan. Memang nyata pihak Maestro jarang menonjolkan Mas AF2, malah publisiti juga tidak menyebelahi dirinya. Kita doakan yang terbaik buat diri Mas AF2, kuatkan semangat ya!
kredit berita : Mas AF2 masuk wad
Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pagi tadi.
Difahamkan, pelakon berusia 26 tahun itu telah ditahan di hospital itu sejak malam tadi.
Nama pelakon ini cukup hangat menjadi bualan ramai berikutan perceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, pada Ogos lalu.
Mahkamah Rendah Syariah memutuskan kes lafaz cerai bekas suaminya pada Februari dan Jun tahun lalu sah yang mana ketika itu Nora sedang mengandung empat bulan.
Kredit Teks: Nora Danish Dapat Bayi Lelaki (mStar Online)