
Daripada gossip harian KOSMO, menurut Marilyn, ada artis yang langsung tidak kisah melakukan hubungan seks sebelum kahwin, sedangkan umum sudah ketahui kelakuan ini dilarang oleh agama. Banyak keburukan sebenarnya, selain dari berdosa besar, kemungkinan anak yang dilahirkan tidak boleh diwalikan oleh bapa biologi’nya, dan sebagainya. Pada M, tidak salah untuk berkawan berlainan jantina, cuma kena kawal nafsu tu sikit.
Si artis wanita ini membuat pengakuan dia dan teman lelakinya sudah banyak kali terlanjur. Akuinya, pada mereka berdua itu bukanlah satu masalah yang besar kerana satu hari nanti mereka tetap akan berkahwin dan menjadi suami isteri yang sah. Ini’lah mentaliti orang sekarang, serah body sana sini, tanpa fikirkan akibat’nya.
Paling ketara, si artis wanita ini berkata kena’lah pakai kondom takut nanti terletak pula. Aku akui, pandangan seperti ini memang boleh digunapakai oleh masyarakat barat, tapi bukan masyarakat Malaysia. Dari sudut kesihatan, pemakaian kondom dapat mengelakkan kau dijangkiti penyakit kelamin sahaja, tapi bukan dosa ok!
Dan statement’nya yang paling lawak, ‘Tiada bezanya kalau perkara terkutuk itu dilakukan selepas atau sebelum kahwin kerana yang penting cinta!’ Benar’lah orang kata, cinta itu buta.






