Arkib: Artis

(Lagi) Cerita Kahwin Mawi & Ekin: Astro Dapat Hak Eksklusif Penyiaran Majlis Perkahwinan

Dikemaskini oleh M pada October 12th, 2008

Berikut adalah petikan tulisan seorang wartawan yang mendapat maklumat dari orang dalam berkenaan hak penyiaran majlis perkahwinan Mawi & Ekin nanti:

Nampaknya ramai orang tertunggu-tunggu bila Mawi nak buat pengumuman tarikh bersejarah majlis perkahwinannya dengan Ekin. Yalah, sebelum ni kata Mawi dia nak buat pengumuman eksklusif itu selepas raya. Ni dah 12 hari kita menyambut Hari Raya, ramai juga yang bertanya bilakah tarikh yang dijanjikan itu?

Tapi yang Niezam nak ceritakan ini dalam sibuk-sibuk orang kata TV3 dapat hak eksklusif dan nak bayar juta-juta nak buat siaran langsung perkahwinan mereka pada bulan Disember nanti, rupa-rupanya stesen TV Astro yang dapat hak penyiaran itu.

Sumber tersebut datangnya dari orang dalam Astro sendiri yang mengakui mereka sudah dapat hak penyiaran tersebut.

“Majlis kahwin Mawi dan Ekin itu akan mendapat liputan secara langsung oleh salah satu saluran di Astro. Bukannya TV3 seperti yang orang gembar gemburkan sebelum ini,” kata sumber dalaman itu.

Khabarnya juga Astro akan bekerjasama dengan RTM untuk membenarkan saluran televisyen itu menyiarkan majlis berkenaan ke seluruh negara macam yang pernah mereka buat masa menemukan Mawi dan Ina Naim dalam satu program khas tak lama dulu.

Ketika itu pada waktu yang sama TV3 menyiarkan majlis persandingan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk K di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Kiranya sekarang ni RTM dan Astro nak “berperang” semula dengan TV3 dari segi rating. Apa yang diharapkan dalam sibuk-sibuk nak berebut rating, jangan orang lain jadi mangsa sudahlah.

Masa kes Mawi dan Ina Naim dulu, siapa yang untung kalau tak Astro dan RTM? Yang menjadi mangsa keadaan akhirnya Mawi dan Ina sendiri.

Siapa yang betul-betul nak tengok majlis perkahwinan Mawi & Ekin angkat tangan!

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Artis Jelita & Teman Lelaki Bangsa Asing Bercium Di Eskalator

Dikemaskini oleh M pada September 20th, 2008

JENG! Jeng! Jeng! Inilah gosip paling menarik yang pernah Papa dengar sepanjang tahun ini.

Ada seorang teman menyampaikan gosip ini ke telinga Papa mengenai seorang pelakon jelita dan terkenal tanah air buat kerja tak senonoh di sebuah kompleks membeli-belah.

Barangkali, aktres ini terlupa yang dia seorang personaliti ternama.

Kerana kealpaan juga, dia mungkin beranggapan bebas untuk melakukan apa saja termasuk bercium mulut dengan kekasihnya di eskalator!

Ya, Papa tidak mereka cerita kerana hal ini disampaikan oleh rakan karib yang terlihat perbuatan aktres itu dengan kekasihnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dan rakan Papa yang terlihat insiden memalukan itu pula berada di kawasan segi tiga emas, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Teruskan Membaca →

35 Keping Kulit Album Tercantik Sepanjang Zaman

Dikemaskini oleh M pada August 4th, 2008

SmashingMagazine hari ini menyenaraikan 35 Keping Kulit Album Tercantik setakat ini, tidak termasuk kulit album dari artis Malaysia. In fact, aku rasa tiada kulit album artis Malaysia yang layak untuk masuk senarai ini.

Ada? Oh Siti Nurhaliza. Itu wajahnya yang cantik, bukan kulit album.Pilihan aku adalah kulit album Under the Iron Sea oleh Keane. Siapapun pencipta idea’nya, aku sukakan skema warna’nya.

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Awal Ashari: ape hal korg kutuk2 ak..gua punye suke r nk ckp ape pon n sya..lu ape kesah..jeles gua dapat sya ke?ha?
  • limbo: hey,plz dont talk about royal anymore,klu tahu boleh kena tangkap tau? sal tudung tu, dah memg diwajibkan ke...
  • Al_Yahya: Cari pasangan Syed lagi gempak…..kurang respon negatif…ok
  • Group Al_YAHYA: Tahniah Scha.Sekurang2nya anda telah menaikkan keturunan Al-Yahya yg memang ramai di Malaysia....
  • c0ldblod: jgn dok selak kain orang…kain sendiri terselak.. hmm…yang komen pandai sangat ker? beriye2...
  • Fatina Aziz: tak baik cakap macam tu ya. setiap org ada rezeki masing2… tidak rugi jika kita doakan semoga siti...
  • Fatina Aziz: diharapkan Siti terus bersabar dan terus berusaha untuk hamil. jangan give up ya Siti.. saya pasti...
  • fauziah: ko ni mmg x sdr diry btollah..TIZZZZ ZAKYAH ..KO 2 DAHLAH bsuk haty ado haty nok ko owng...
  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
  • lost guy: Memang benar tak sempurna iman sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Tapi dah...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.