
Setelah kita di’hujani dengan pelbagai program realiti berkonsepkan nyanyian, akhirnya Astro mewujudkan program realiti Anak Wayang yang bertujuan untuk mencari bakat baru pelakon tanah air. Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran sejurus selepas Akademi Fantasia ke-7 (AF7) tamat iaitu pada 22 Mei 2009. Konsep pertandingan yang di’dukung oleh 2 saluran popular iaitu Astro Ria dan Astro Prima. Program ini di’hoskan pelakon popular Rusdi Ramli dan Fazura. Satu pembaharuan yang menarik di’lakukan oleh Astro untuk menyemarakkan lagi dunia hiburan tanah air.

