
Kami suka dengan konsep yang di’ketengahkan oleh TM kali ini. Semalam, video iklan TM ini mendapat sambutan yang hangat di’ Facebook, dan setakat pukul 8 malam, iklan ini menerima hampir 24 ribu serta 17,400 komen daripada peminat. Mungkin juga penggunaan lagu runut daripada Bunkface – Through My Window, menarik minat penonton yang rata-rata berumur 20 ke atas untuk memberikan respon.
Buat yang masih ketinggalan, anda boleh menonton video ini di Fan Page Everyone Connect.

Jangan biarkan 15 Mac, Ahad ini sebagai hari yang membosankan anda tanpa hala tuju. Ceriakan diri & berikan sokongan kepada barisan band indie yang akan membuat persembahan pada Sound Machine Stage, Volume 01!
Bertempat di’MCPA Hall (Jalan Maharajalela), penampilan beberapa band indie yang hebat belaka seperti Couple, The Times, Bunkface, Romancesa, Joanna & Co, Grey Sky Morning, Manis, Wasted Room, and Selamat Pagi Gadis, sudah pasti memberikan anda kepuasan menjerit melepaskan tekanan.
Teruskan Membaca →