
Aku tidak pasti sama ada ingin memanggil Shah Rukh Khan sebagai Datuk atau Doktor, kerana baru-baru ini beliau menerima anugerah doctorate daripada University of Bedfordshire atas sumbangan besar’nya kepada industri perfileman India.
Selain itu, Dubai juga menamakan sebuah boulevard di pulau mewah, Palm Jumeirah dengan nama Shah Rukh Khan sebagai satu penghormatan kepada beliau. Ironi’nya, baru sekarang ramai yang sedar dengan penganugerahan Datuk oleh kerajaan negeri Melaka kepada Shah Rukh Khan. Bijak betul Ketua Menteri Melaka ni ye!
Mengenai apartment mewah’nya, Shah Rukh Khan berhasrat untuk menduduki kota London dimana harga’nya mencecah 20 juta pound.

Shah Rukh Khan pernah di’nobat’kan sebagai King Khan, kali ini beliau ingin menonjol’kan kuasa ‘dirajanya’ dengan memiliki sebuah van sepanjang 14 meter yang di’lengkapi teknologi tinggi & kemasan yang mewah, yang di’reka khas oleh Dilip Chhabria atas kehendak Shah Rukh Khan sendiri.
Teruskan Membaca →
Shah Rukh Khan hari ini menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk di Seri Negeri di sini, jam 11.30 pagi tadi.
Beliau berjanji akan datang ke Melaka untuk membuat filem pada Ogos dengan yang berjudul ‘Happy New Year’.
Elok benar’lah kalau filem baru Shah Rukh Khan nanti akan menjalani pengambaran di’Melaka. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia anugerah Datuk itu, sekali lagi ’seluruh dunia’ akan menyaksikan keindahan Melaka.
Beliau juga berjanji untuk membantu kerajaan negeri mewujudkan studio filem tertutup, sekali gus memajukan industri perfileman negara.

Bertuah menjadi Shah Rukh Khan. Sudahlah di’terbangkan khas untuk menerima anugerah Datuk dari kerajaan negeri Melaka, kali ini Shah Rukh Khan di’beri penghormatan sebagai orang pertama memakai samping berharga RM3,000 yang pertama kali di’perkenalkan samping tersebut sebagai samping songket rasmi negeri Melaka.
“Jadi, Shah Rukh Khan merupakan orang pertama yang menggunakannya kerana tahun ini kita baru mula gunakan songket tersebut untuk penerima gelaran ‘Datuk’,” kata Ab Karim mengenai samping yang berharga kira-kira RM3,000 itu.
Kredit: Datuk Shah Rukh Khan Ikat Samping Harga RM3 ribu Stail P.Ramlee

Tidak tahulah balik India atau ke’tempat lain. Tetapi yang pasti Shah Rukh Khan hanya akan berada sehari (24 jam) di’Malaysia untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk penuh kontroversi.
Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi.
Sebelum ini aku dengar konon’nya Shah Rukh Khan akan melawat tapak-tapak pelancongan Melaka yang terkenal & ada sessi bertemu peminat. Masih ada dalam jadual atau perlu di’tunda dek kerana Shah Rukh Khan yang terlalu sibuk mengalahkan Presiden USA.
Kredit: Shah Rukh Khan ke Melaka 6 Disember terima ‘Datuk’ (Utusan Malaysia)

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka pada 29 November depan untuk menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Penganugerahan darjah tersebut akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-70 pada 11 Oktober lalu. – Utusan Malaysia Online