Arkib: Ekin

Ina Naim Tidak Akan Hadir Majlis Perkahwinan Mawi Ekin

Dikemaskini oleh M pada December 17th, 2008

Ouch. Ina nampaknya tegas dalam hal ini apabila menyatakan beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Mawi & Ekin kerana tidak mahu dikaitkan lagi dengan Mawi.

Ina Naim, 23 yang pernah bertakhta di hati pemuda Felda Taib Andak ini juga menyatakan keputusan tersebut juga di’buat demi menghormati suami yang juga ketua keluarganya kini.

“Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.”

“Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya.”

Kredit Teks: Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi Ekin (Murai)

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

(Gossip) Ekin Bakal Isteri Mawi Masih Dengan Perangai Lama

Dikemaskini oleh M pada December 5th, 2008

Makin dekat dengan hari perkahwinan makin banyak cerita kurang enak berkaitan Ekin yang menjadi pujaan artis lelaki popular kita yang satu ini.

Terbaru, satu gossip sedang berputaran yang menyatakan seorang artis wanita Malaysia yang sudah berhijrah (bertudung) masih setia dengan perangai lama’nya walaupun tidak nampak ketara.

Artis wanita yang menjadi pujaan seorang artis lelaki popular ini di’katakan memberhentikan kereta di’tepi jalan selepas pulang membeli-belah untuk menghembuskan asap nikmat dalam kereta (cover-line).

Sumber yang konon’nya hanya mahu mengekori Ekin untuk tahu di’mana dia tinggal (takde keje orang ni), terkejut apabila artis wanita tersebut kembali ke perangai lama’nya. Ingatkan sudah berubah.

Harap ini hanya sekadar gossip. Kadang-kadang kasihan juga dengan Ekin yang di’tuduh macam-macam. Kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran’nya. Biarlah masa yang menentukan.

‘Mawi’ Nyaris Maut Dalam Kebakaran Rumah di Johor

Dikemaskini oleh M pada December 5th, 2008

Agak aneh bila manusia terinspirasi untuk menamakan sesuatu dengan nama orang yang mereka suka atau sanjungi.

Dalam kes di Pasir Gudang, seorang wanita menamakan kera belaan beliau sebagai ‘Mawi’ kerana dia amat meminati penyanyi terkenal kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu mun cul juara Akademi Fantasia 3.

Semalam, Mawi nyaris maut dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan termasuk rumah tuan’nya. Namun, nyawa Mawi masih panjang — untuk berjumpa dengan ‘Ekin’nya.

Kredit: ‘Mawi’ nyaris maut, Cedera di tangan kanan terkena api dalam kebakaran

Gadis Melayu Idaman Mawi: Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

Dikemaskini oleh M pada November 13th, 2008

Tengahari tadi aku menonton siaran ulangan konsert Akademi Fantasia 3 yang mana Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dan mencetuskan fenomena Tsumawi selepas itu. Ketika akhir persembahan, pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi bertanyakan ciri-ciri gadis Melayu pada pandangan (atau di’ingini) Mawi.

Salah satunya yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton adalah pandai mengurut. Menjelang perkahwinan Mawi-Ekin tidak lama lagi, anda rasa Ekin seorang gadis Melayu yang pandai mengurut atau tidak?

Anda Rasa, Ekin Pandai Mengurut atau Tidak?

View Results

Loading ... Loading ...

Gambar Ain (Kembar Ekin Bakal Isteri Mawi)

Dikemaskini oleh M pada October 23rd, 2008


Ketika sibuk seantero Malaya bercakap tentang Ekin yang bakal menjadi permaisuri hidup Mawi, terlupa mereka tentang Ain, yang sebenarnya lebih ketara penglibatan’nya dalam bidang seni berbanding Ekin. Ain pernah menggantikan Fiza dalam salah satu album kumpulan Elite & berlakon beberapa drama televisyen. Ekin hanya menjadi co-star dalam drama Kawan yang turut di’bintangi Ain.

Ekin ini boleh’lah kata seperti Siti Saerah yang sebenarnya banyak bergantung kepada kakak’nya Siti Nurhaliza (Love You Siti!). Bezanya, Siti Saerah tak dapat Mawi.

(Lagi) Cerita Kahwin Mawi & Ekin: Astro Dapat Hak Eksklusif Penyiaran Majlis Perkahwinan

Dikemaskini oleh M pada October 12th, 2008

Berikut adalah petikan tulisan seorang wartawan yang mendapat maklumat dari orang dalam berkenaan hak penyiaran majlis perkahwinan Mawi & Ekin nanti:

Nampaknya ramai orang tertunggu-tunggu bila Mawi nak buat pengumuman tarikh bersejarah majlis perkahwinannya dengan Ekin. Yalah, sebelum ni kata Mawi dia nak buat pengumuman eksklusif itu selepas raya. Ni dah 12 hari kita menyambut Hari Raya, ramai juga yang bertanya bilakah tarikh yang dijanjikan itu?

Tapi yang Niezam nak ceritakan ini dalam sibuk-sibuk orang kata TV3 dapat hak eksklusif dan nak bayar juta-juta nak buat siaran langsung perkahwinan mereka pada bulan Disember nanti, rupa-rupanya stesen TV Astro yang dapat hak penyiaran itu.

Sumber tersebut datangnya dari orang dalam Astro sendiri yang mengakui mereka sudah dapat hak penyiaran tersebut.

“Majlis kahwin Mawi dan Ekin itu akan mendapat liputan secara langsung oleh salah satu saluran di Astro. Bukannya TV3 seperti yang orang gembar gemburkan sebelum ini,” kata sumber dalaman itu.

Khabarnya juga Astro akan bekerjasama dengan RTM untuk membenarkan saluran televisyen itu menyiarkan majlis berkenaan ke seluruh negara macam yang pernah mereka buat masa menemukan Mawi dan Ina Naim dalam satu program khas tak lama dulu.

Ketika itu pada waktu yang sama TV3 menyiarkan majlis persandingan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk K di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Kiranya sekarang ni RTM dan Astro nak “berperang” semula dengan TV3 dari segi rating. Apa yang diharapkan dalam sibuk-sibuk nak berebut rating, jangan orang lain jadi mangsa sudahlah.

Masa kes Mawi dan Ina Naim dulu, siapa yang untung kalau tak Astro dan RTM? Yang menjadi mangsa keadaan akhirnya Mawi dan Ina sendiri.

Siapa yang betul-betul nak tengok majlis perkahwinan Mawi & Ekin angkat tangan!

Ikin: Mawi Bukan Lelaki Romantik

Dikemaskini oleh M pada September 12th, 2008

“Makan hati sebenarnya berkawan dengan Mawi ni. Sebab cara dia kasar. Bercakap pun kasar. Waktu mula-mula kenal dia dulu, saya sendiri pun terkejut dengan cara Mawi itu. Sebab saya sendiri tak biasa berdepan dengan sikap kasarnya itu. Selalu jugalah saya berbisik dalam hati, apa hal lah Mamat seorang ini. Tapi bila lama-lama kenal Mawi, dia sebenarnya OK dan saya juga sudah boleh terima cara dia.

“Sebab, di sebalik sikap luarannya yang nampak kasar dan kadang-kadang macam acuh tidak acuh itu, dia sebenarnya seorang yang sangat caring, suka mendengar masalah orang dan amat mengambil berat,” kata Ekin.

Ekin turut akui Mawi bukanlah seorang lelaki yang romantik.

“Bila melihat kembar saya, Aain, keluar candlelight dinner dengan teman lelakinya, kadangkala terdetik juga di hati saya, kenapalah Mawi tak macam itu. Tapi hendak buat macam mana, dah memang sikap semulajadi dia dah macam tu. Lebih baiklah Mawi kekal macam tu. Nanti kalau dia tiba-tiba jadi romantik, saya pulak yang geli!

“Tapi Mawi pernah tanya dengan saya, adakah saya rasa selesa dengan cara dia. Mungkin dia tak mahu saya terasa. Tapi, saya kata OK sebab sudah boleh terima cara dia tu.

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Azlin Mohd Aznan: betul2 kata kau tu mIssing…aku sokong apa yg kau katakan tu..aku minat sangat2 kat scha
  • Azlin Mohd Aznan: pe hal lak kau nak komen lakonan scha al-yahya dalam awan dania….tu lakonan dia je,bukannya...
  • andika: ok jer minah ni kalau nk dibandingkan ngan artis wanita melayu kita skrg ni.nama jer islam tp gaya hidup cam...
  • aZaRaMa: sAyA SuKa dEnGaN aWaK aLiFF!!KlU D bErI pELuaNg Utk MeNjAdI kEkaHsIh aWaK, sAyA B sUmPAh DeMi AllaH sAyA...
  • aZaRaMa: aSsmUlAiKuM KePaDa aLiFf aZiZ PeMiNaT sEtIa sAyA…..aLiFf NaK tAu tAk !!sAyA nI KaLaU D BeRi pElUaNg...
  • VTEC R: Sure Bro..??? 1000R lu ada ka..?? Entah2 naik SBK pun tak pernah…!
  • Hmmm...: Apapun..Welcome Back.. Panazzkn lg isu2 semasa nie.. Byk hutang dgn kami, the Readers sejati pasal gosip2...
  • Hmmm...: Aduka Teruna??? Saman Menyaman??? Notis Amaran??? Hahaha…nie mesti admin terkena penangan antara d...
  • aina: hai………… ;….aina ko blh x jgn cri psl dgn org????
  • ainul: hai………… ;……..askum…& #8230;………tgh wat pe 2???sye...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.