
Kami terbaca kisah pelakon drama Casualty, yang berkata ‘Anyone who says they’re fat and happy is lying‘. Kisah benar Rebecca Wheatley ini menceritakan keazaman beliau untuk menurunkan berat badan sebanyak 76kg (12 stone), satu angka yang mengagumkan!
Cara pemakanan yang tidak seimbang & kurang senaman antara penyumbang utama kepada masalah obesiti. Sikap tidak acuh seperti, ‘Ah, aku tidak kisah gemuk, janji happy?’ adalah alasan yang sering diberikan oleh mereka yang sudah berputus asa.
Atas kesedaran ini, pihak Hallmark julung kali’nya membawa program realiti yang mendapat sambutan hangat di barat, ke negara asia termasuk Brunei, Malaysia & Singapura. Pelbagai cabaran & ujian akan ditempuh oleh peserta rancangan ini, dimana mereka boleh membawa pulang wang tunai USD100 ribu! Wow, kaya pakcik!

