berita & gambar kredit kepada Mstar & Hmetro, akhbar kesayangan kami.
Kami rasa, ini’lah tajuk terpanjang sejak OHBULAN! mula bertapak di’ dunia internet.
Kebarangkalian besar dapat green light daripada Fasha Sandha, kali ini Rizal Ashram pula membuka suara. Wah, nampak’nya drama realiti perang Twitter ini seakan tiada penghabisan.
“Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.” – Rizal Ashram
Semalam, Tiz Zaqyah ada membuat kenyataan di’ akhbar. Kata’nya, Fasha Sandha memang mengarut kerana menuduh’nya cuba menggangu hubungan cinta antara Fasha & Rizal. Seperti kebiasaan, Fasha dengan sikap bimbo’nya sudah pasti membalas segala kenyataan secara terbuka, tetapi kali ini kelihatan lebih kool dengan melibatkan Rizal – secara automatik Fasha jadi innocent.
Lain pula kisah’nya dengan Fizz Fairuz yang berang dengan Fasha Sandha.
“Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu.”
Kita nantikan sahaja serangan balas daripada Tiz Zaqyah kepada Fasha Sandha nanti. Fun giler seyh!

Fasha Sandha baru-baru ini mengeluarkan kenyataan panas melalui Twitter yang menyebut bahawa seorang wanita menggangu teman lelaki beliau & juga kekasih kepada Almy Nadia. Yang mengejutkan, artis wanita yang terlibat dalam soal kacau daun ini memang tidak disangka-sangkakan!
Tiz Zaqyah, pelakon baru yang meningkat naik selepas drama popular Nur Kasih telah di’kaitkan dalam soal cinta bersegi-segi ini. Al-kisahnya, Tiz Zaqyah dikatakan menghubungi Jejal aka Rizal Ashram pada pukul 4 pagi bulan lepas mengajak beliau keluar lepak di kawasan Subang. Peristiwa ini membuatkan Fasha Sandha berasa sentap, lantas beliau mahu peminat tahu perangai sebenar Tiz Zaqyah. Hal ini turut diakui oleh Jejal sendiri.
Tetapi malang’nya, Jejal sudah diakui ramai yang beliau memang menyayangi Fasha Sandha, dan tidak mungkin melayan perasaan cinta Tiz Zaqyah yang mungkin bersifat sementara.
Selingan sebentar, kekasih kepada Almy Nadia, Fizz Fairuz turut dihubungi oleh Tiz Zaqyah lebih 10 kali pada pukul 3 pagi. Kami tidak pasti dengan motif Tiz Zaqyah, tetapi kalau sudah hubungi kekasih orang pada waktu pagi, mungkin hendak mengoda gamak’nya.
Kisah yang disampaikan ini sudah ramai wartawan dan media mainstream tahu, dan ada yang menegur sikap Tiz Zaqyah secara sindiran dalam ruangan-ruangan gossip.
Lesson learnt : What goes around comes around, is it right Fasha Sandha?
Esh, dua pelakon ni memang dah terkenal dengan peperangan yang berlaku dulu dalam merebut seorang lelaki. Esh seboleh-boleh nak berebut kan dah dapat malu.hihi
Mereka terpaksa cool kot? Yelah dah nak berlakon kenalah professional. Takkan nak luah perasaan dalam Spa Q macam meluah perasaan dekat blog myspace kan?
“Bagi saya apa yang pernah berlaku antara kami adalah kisah lama. Ia tidak harus digembar-gemburkan lagi. Bagi saya tugas yang diberikan oleh produser siri ini lebih penting dan saya akan saya lakukan dengan sebaik mungkin,” kata Fasha yang memegang watak jahat iaitu Frieda yang cuba menghancurkan keluarga Qistina.
Teruskan Membaca →

Qabil Ambak hari ini membuat pengakuan khas kepada media dengan menolak Fasha Sandha menjadi calon isteri’nya, walaupun sebelum ini sudah ada ura-ura yang mengatakan mereka akan berkahwin.
Meraung’lah si Fasha Sandha, baru beberapa hari lepas dia umumkan akan berkahwin, ni dah cerita lain pun terjadi. Hantam’lah dik oi, asal kau tak menyusahkan orang.
Teruskan Membaca →

Kami terima luahan hati Fasha Sandha di blog Myspace-nya. Lihat MySpace Fasha Sandha.
Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya, masih ambil tahu tentang perkembangan saya, masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya, tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……
Saya sudah selesai shooting filem ‘4 Madu’ arahan Prof Razak, drama ‘Lakar’ arahan Aziz M Osman dan drama ‘Madu Di Tasik Hempedu’ arahan Murali. Drama bersiri ‘Cuci-cuci The Series’ akan ditayangkan di RTM tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!
Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib Jewel. 25hb August saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk TV3 yang bertajuk ‘Akulah Perempuan Itu’ arahanFairuz Loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘Langkawi Kamikaze’. Alhamdulillah, masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam-macam cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru-baru ni…..
Saya dapat macam-macam pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan Rizal Ashram (Jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara Qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni, biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya, ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!
Teruskan Membaca →

Heh, setakat sekeping gambar Fasha Sandha & Rizal yang berlegar di internet, itu bukan’lah apa sangat. Kini, kami menerima beberapa set gambar BARU yang hanya boleh didapati di OHBULAN! (Yeah, kiteorang hot). Tempoh hari, peristiwa Fasha Sandha berada di Merdeka Millennium Endurance Race pada 8 Ogos lepas, bersama Rizal seperti pasangan bercinta, telah menimbul’kan tanda tanya daripada pelbagai pihak.
Kami buka sedikit cerita yang diterima daripada sumber yang dipercayai, ada bukti lengkap beb!
Teruskan Membaca →

Saya seperti orang lain, pada mulanya memang percaya yang Fasha akan berkahwin pada Januari depan.
Ada beberapa versi yang saya dengar. Samada disebabkan oleh saya tersilap dengar, kawan saya tersilap dengar, atau Fasha berubah ubah statement-nya, saya tak dapat pastikan.
- Bertunang bulan September, kahwin Januari
- Bertunang bulan November, kahwin Januari
Tarikh perkahwinan
Fasha juga pernah bersumpah dengan nama Allah kepada rakan saya bahawa bakal suaminya bukan duda. Tetapi Fasha juga dahulu pernah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak memaki hamun wartawan Kak Raja tetapi Kak Raja tetap mengatakan beliau berbuat begitu dan menuduh Fasha plastik dan pembohong.
Teruskan Membaca →