berita

‘Festival Good Vibes 2023 Dibatalkan Serta Merta’ – Fahmi Fadzil

July 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan acara Festival Good Vibes 2023 telah dibatalkan serta merta.

Artikel Berkaitan: Kontrak Sebagai Ahli Lembaga FINAS Tamat, Zed Zaidi Terkilan Tak Dapat Bantu Penggiat Seni

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Seperti Dizalimi’ – Bapa Anzalna Nasir Terkejut Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO Finas

Batal!

Menerusi ciapan terbaharu di Twitter, Fahmi berkata keputusan membatalkan acara berkenaan dibuat susulan tindakan sebuah kumpulan dari British, The 1975 yang beraksi biadap ketika menjayakan persembahan pada hari pertama, semalam.

Tegas Fahmi, pihak kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Saya telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari UK “The 1975” di Sepang malam tadi (Jumaat).

Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai.

Susulan itu, Fahmi berkata beliau telah menggesa pihak penganjur acara berkenaan untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli tiket.

Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.

Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.

Terdahulu, The 1975 bertindak beraksi biadap ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.

Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×