Arkib: Gambar Abby Abadi

(Lepas Geram!) Game Tendang Norman Hakim, Cipta Rekod Anda – Lawan Rekod OHBULAN!

Dikemaskini oleh M pada March 4th, 2009

Tatkala melihat statistik salah satu web lain kepunyaan penulis, pelik juga kerana melihat anjakan pengunjung yang agak ramai. Rupa-rupanya, ramai pengunjung mencari permainan Tendang Norman Hakim yang pernah penulis paparkan di’blog tersebut. Harian Metro, rasanya kehabisan idea untuk melariskan jualan surat khabar mereka, mengeluarkan berita mengenai permainan tersebut, sedangkan game itu sudah lama berada di’internet.

Sedikit tips untuk anda,

Bagi mendapatkan tendangan yang paling jauh, anda perlu memastikan punggung Norman Hakim betul-betul rendah, timing juga kena tepat. Kadang-kadang, Norman Hakim pandai mengacah kita, lantas menghasilkan tendangan yang tidak mantap. Ingat, timing kena tepat ya!

p/s: Memey Suhaiza panggil ibu Norman ‘Mak’. What the Fish?

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Norman Hakim Akan Kembali April Ini: Berganding Dengan Abby Abadi

Dikemaskini oleh M pada January 5th, 2009

OHBULAN! ingatkan yang Norman Hakim di’tamatkan terus kontraknya dengan Gerak Khas.

Namun Yusof Haslam dalam kenyataan terbaru berkata Norman Hakim akan kembali April ini setelah di’gantung selama 3 bulan.

Yusof Haslam yakin sikap professional mereka akan membolehkan mereka berdua bekerjasama sebagai pelakon drama bersiri kegemaran ramai tersebut.

“Saya tidak menolak kemungkinan mereka akan bertemu lagi dalam Gerak Khas dan saya yakin mereka dapat bekerjasama secara profesional walaupun kisah peribadi mereka menjadi tajuk utama media cetak sebelum ini”

Kredit Teks & Sumber: Norman, Abby Berganding Lagi (Harian Metro)

10 Kisah Paling Sensasi Dalam Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang 2008

Dikemaskini oleh M pada December 22nd, 2008

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2008 yang penuh kontroversi ini akan tamat. Penulis berbakat di’Gua.com.my telah menyeranaikan 10 Berita Hiburan Paling Panas 2008.

Berikut adalah senarai ringkas kisah panas yang berjaya masuk carta; Teruskan Membaca →

(Akhirnya) Norman Hakim-Abby Abadi Sah Bercerai Hari Ini

Dikemaskini oleh M pada December 18th, 2008

Pelakon wanita terkenal, Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini.

Penceraian kali kedua bagi pasangan artis itu disahkan selepas Norman bersetuju melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Norman, 32, bagaimanapun dilihat menitiskan air mata dan terpaksa menenangkan perasaan sebelum dapat membacakan lafaz cerai tersebut.

Melihatkan keadaan Norman, Hakim Syarie menangguhkan sebentar bagi memberikan peluang kepada Norman mententeramkan perasaan terlebih dahulu. – Utusan Malaysia

(Gossip) Artis Wanita Mabuk Di Sisi Teman Baru: Mungkinkah Abby?

Dikemaskini oleh M pada December 10th, 2008

Entri ini di’klasifikasikan sebagai Gossip & pertimbangan rasional dari anda amatlah di’perlukan.

Beberapa hari lalu, Harian Metro menulis tentang gelagat seorang artis wanita yang ditangkap mabuk bersama lelaki yang baru sahaja di’perkenalkan sebagai kawan.

Artis wanita ini dilaporkan baru sahaja menerima musibah yang menyentuh hati ramai pihak.

Menurut tulisan tersebut, satu Malaya sedang bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau & artis wanita ini juga di’bebaskan atas dasar simpati pihak penguatkuasa.

Hari ini, Berita Harian menulis tentang penipuan Norman Hakim berhubung lawatan beliau ke rumah Memey Suhaiza & OHBULAN! tidak terkejut dengan perkara tersebut.

Ada satu ayat sebagai penutup artikel tersebut menasihati Abby Abadi untuk berfikir masak-masak sebelum melakukan apa-apa kerana penulis banyak mendengar kisah tak sedap berkaitan Abby.

“…macam-macam kisah tak sedap pasal Abby yang Cik Normah dengar. Pada Abby pula, sebelum buat apa-apa fikirkan masak-masak impaknya, kasihan dekat anak-anak yang masih kecil.”

Ada juga yang membuat spekulasi cerita ini berkaitan dengan Erema yang juga sedang bergelut dengan tuntutan penceraian dari Seri Bayu.

Kredit: [1] Mabuk Di Sisi Teman Baru | [2] Tak Kuasa Dengan Kenyataan Norman

Montaj & Sinopsis Rona Roni Makaroni: Lakonan Sharifah Amani & Bront Palarae

Dikemaskini oleh M pada November 17th, 2008

Drama terbaru terbitan RadiusOne ini membariskan pelakon yang hampir sama dengan mereka yang berlakon untuk Sindarela sebelum ini. Sharifah Amani dalam Rona Roni Makaroni berlakon sebagai Rona, gadis kampung yang datang ke Kuala Lumpur mencari bapanya yang bernama Jalil.

Bront Palarae sebagai Roni memiliki sebuah restoran masakan Itali yang di’buka untuk kekasih hatinya yang beliau kenali sejak belajar di Itali bernama Gia (Dira Abu Zahar). Hubungan Gia & Rona menjadi tidak menentu gara-gara Gia yang terlalu menumpukan perhatian kepada kariernya & terpengaruh dengan Ben (Isma Yusoof) yang suka bermuka-muka. Teruskan Membaca →

Saksikan Apa Itu Cinta di Astro Prima: Lakonan Sazzy Falak, Abby Abadi, Aleeza Kassim & Elaine Daly

Dikemaskini oleh M pada November 14th, 2008

Drama terbaru di Astro Prima bertajuk Apa Itu Cinta mengambil konsep siri TV hits di’Amerika Syarikat, Sex and The City. Tetapi, drama ini di’bentuk dengan acuan Malaysia sendiri. Masih, bukan idea original orang Malaysia. Sedikit menyedihkan di’situ.

Pembukaan awal drama TV ini tidak jauh berbeza dengan pembukaan filem rasmi Sex and The City. Namun sebagai penggemar filem tegar, aku tidak nampak naturality pelakon & pelakon tambahan dalam pembukaan Apa Itu Cinta.

Apa Itu Cinta menampilkan kisah perjalanan seorang penulis popular melalui ruangannya “Apa Itu Cinta”, Diyana Dahlan (Sazzy Falak) dan rakan rakan karibnya Hani (Aleeza Kassim), Mona (Abby Abadi) dan Liza Zaidin (Elaine Daly) dalam mencari pengertian apa erti sebenar Cinta.

Jangan ketinggalan menyaksikan Apa Itu Cinta setiap Khamis jam 10.00 malam hanya di Astro Prima. Terlepas episod sebelumnya? Saksikan di’YouTube.

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
  • aku: toyol:bagus btul si toyol nih..respect org mcm 2..bt bufday parti anak jmput ppuan sparuh bogel..mgkin org mcm 2...
  • bengang: ape ni oh bulan kate dah kembali??ni still tak update2 pun???ke dah kembali ke rahmatullah?aritu beria2...
  • Reena: Rinduuuuuuuu..rindu serindu-rindunyaaaaa…..( kata dalam hati ada taman..kaaaann). M, biarlah apa pun nak...
  • eyu: tak tahu nak komen macam mana.. tapi elok daripada x bertudung..
  • hahahha: baik distribute je borang miss malaysia utk orng melayu balik…xyah la dorang t’gedik kt...
  • research: apa guna lumba haram…. xder org sanjung…. dunia luar tidak kenal korg…(jaguh kampung...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.