Arkib: Gambar Artis

Welcome Back To OHBULAN! Ditujukan Kepada Diri Sendiri

Dikemaskini oleh M pada March 4th, 2010

Salam,

Setelah sekian lama M berdiam diri maka tibalah masa untuk M munculkan diri. Tau pula korang boring layan OHBULAN. Kalau M sendiri pun mesti naik bosan dan dok maki hamun admin blog ini. Tapi apakan daya, terpaksa lah M maki diri sendiri akibat membiarkan perasaan pengunjung OHBULAN diperkotak-katikkan. Jangan sampai rasa seperti dirimu itu ayam katik sudahlah.Hehe!

Untuk pengetahuan umum, M bukan kena buatan orang atau ditangkap polis mahupun FRU. M masih sihat seperti biasa, cuma keadaan tidak mengizinkan M untuk melekat dengan blog untuk beberapa hari (ERKKK!!). Tapi memang dalam beberapa HARI ini M tidak berapa sihat dan tak boleh menghadap skrin komputer . Tapi Cak!! Sekarang sudah OK!

-.-

-.-’

=))

Nampak OK tak?

Harap pengunjung OHBULAN dapat memaafkan M kerana membiarkan hati  semua orang punah dan kecewa dengan M.

Boleh tak gunakan alasan “hibernating myself from gossip”? Haha!

P/S : Sila bertanya khabar M di komen ya?

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

(Gambar) Awal Ashaari Dan Scha Kantoi Di Midvalley Megamall

Dikemaskini oleh M pada December 10th, 2009

Comel kan mereka berdua? (M tipu saja) Padahal muka pun tak nampak macam mana nak pastikan kesahihan gambar yang diambil oleh Paparazzi Amatur. Tapi terima kasih juga walaupun hanya menampakkan belakang mereka. Kelihatan susuk tubuh Scha di situ.

Kami tidak pasti bahawa mereka mempunyai hubungan yang intim atau tidak. Tapi dahulu kami pernah mendapat info bahawa informer ini ternampak Scha dan Awal bersama di Castle, Damai (tempat shishalah), dan di Singapore semasa event di sana.

Kami tak tahu jika mereka sengaja merahsiakan hubungan ataupun mereka hanya berkawan rapat. Hanya tuhan yang tahu. Scha comel patut dengan M saja.

Lisa Surihani Tidak Sombong Seperti Yang Digosipkan

Dikemaskini oleh M pada November 18th, 2009

Korang pun tahu Lisa memang seorang yang low-profile tak ada pun heboh-heboh macam certain artis buat statement pelik-pelik. Tapi tuh pun nak ada gosip juga ke? M pernah terjumpa dengan Lisa dan dia tidaklah seperti yang disangka , mungkin korang terjumpa time tuh dia tengok sibuk kot?

Rileklah, jangan memburukkan nama artis yang sedang naik dan tiada masalah sosial or masalah cinta-cinta nih. Antara Lisa,Nora Danish dan Scha. M nak amik Khatumalai lah lagi baik. Haha!


Sedikit soal jawab antara Lisa dan Wartawan HIP di dalam*

TERKEJUT dan sedikit berubah air muka pelakon Lisa Surihani ketika diajukan pertanyaan kononnya dia kini semakin berlagak dan besar kepala selepas mengecapi populariti dan dunia glamor seorang artis.Bukan tuduhan kosong atau saja-saja mereka cerita, tetapi menyelak kembali kisah Lisa yang pernah ditulis media, ada yang mempertikaikan keperibadian gadis berwajah ayu ini yang kononnya tidak mesra dan sering bersikap acuh tak acuh ketika diwawancara.

Bukan saja pembawakan dirinya menjadi bahan pertikaian tetapi penampilan pelakon yang dikenali menerusi filem I’m Not Single ini juga pernah dikritik hanya kerana sering berpakaian ringkas serta tidak gemar bersolek dan berdandan. Memang sukar memuaskan hati semua pihak tetapi sebagai artis, Lisa tidak dapat lari dari menjadi perhatian. Dan sama ada dia suka ataupun tidak, Lisa harus akui, sebagai artis dia kena selalu tampil cantik dan bergaya di hadapan khalayak.

Pun begitu, biarpun dakwaan itu menurut Lisa tidak semuanya benar namun sedikitpun dia tidak melatah atau melenting.Sambil mengukir senyuman, Lisa dengan rendah diri memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan sikapnya yang tidak disengajakan itu.

Katanya, sebagai orang baru dalam bidang ini, ada ketika dia sendiri keliru antara kehendak diri sendiri serta kepuasan orang yang berada di sekelilingnya.

Mungkin bagi Lisa, apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan tetapi bagi pandangan orang lain, ia mungkin melukakan mereka. Justeru, enggan terus terperangkap dalam situasi yang tidak menyenangkan itu, tegas pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ini,dia akan cuba memperbaiki kesilapannya dan berharap usaha itu dapat membersihkan kembali namanya yang sudah tercemar itu.

Teruskan Membaca →

Anith OIAM 3 Tunjuk Jari Hantu? Hantu Betul!

Dikemaskini oleh M pada October 26th, 2009

Baru sahaja cerita tentang artis maki hamun call centre. Tiba-tiba ini pula gambar artis tunjuk jari hantu? Lagi-lagi artis tak ada adab perpatih. Esh artis maki-hamun, artis mencarut,artis tunjuk jari. Artis ke ni? Kalau kaya macam Neil Amstrong tak apa juga. layankan aja. Anith Sulaiman memang comel, tapi adab mana?

M dapat sumber ini dari ala-mak.com . Baik juga blog ini ya?

Teruskan Membaca →

(Gambar) Intan Ladyana Berposing Seksi Dalam Kereta

Dikemaskini oleh M pada October 12th, 2009

Wah comel sungguh Intan Ladyana sekarang. Lagi berseri dari Scha yang tak habis-habis couple dan clash. Dengar cerita harituh Scha dan Awal ada pergi ke konsert Beyonce di Singapore. Ye ke? Apa-apa la tentang Scha.

Sekarang pasal Intan Ladyana pula. Masih mencari gosip beliau. haha Ini gambar terbaru beliau. Sungguh menarik tertarik kau memang da bomb!

Teruskan Membaca →

(Video) Lisa Surihani & Nicholas Saputra Dan Pakwe?

Dikemaskini oleh M pada October 7th, 2009

ini VC Lisa Surihani & Nicholas Saputra, sweet sangat. But korang pasan tak? Siapa mamat yang pakai baju belang biru putih tuh?Adakah orang yang sama sebelah beliau di majlis tunang Datin Umie? M tengah kecewa melihat Lisa bersama orang kedua.



(Gambar) Azlan And The Typewriter Bertunang

Dikemaskini oleh M pada October 6th, 2009

Wah! Begitu berseri wajah tunang Lan nih. Lagi berseri dari pernikahan akak Waheeda kita.haha Tapi ni ada la juga kedua pasangannya.

Tapi tak apa pun, admin doakan supaya hubungan korang kekal lama dan sehingga ke jinjang pelamin ok? Lan kelihatan sangat simple seperti hendak keluar ke Pertama Kompleks manakala gadis tersebut memang tersangatlah cantik. Congratz!
Teruskan Membaca →

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
  • aku: toyol:bagus btul si toyol nih..respect org mcm 2..bt bufday parti anak jmput ppuan sparuh bogel..mgkin org mcm 2...
  • bengang: ape ni oh bulan kate dah kembali??ni still tak update2 pun???ke dah kembali ke rahmatullah?aritu beria2...
  • Reena: Rinduuuuuuuu..rindu serindu-rindunyaaaaa…..( kata dalam hati ada taman..kaaaann). M, biarlah apa pun nak...
  • eyu: tak tahu nak komen macam mana.. tapi elok daripada x bertudung..
  • hahahha: baik distribute je borang miss malaysia utk orng melayu balik…xyah la dorang t’gedik kt...
  • research: apa guna lumba haram…. xder org sanjung…. dunia luar tidak kenal korg…(jaguh kampung...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.