
Terlampau kontroversi perkahwinan Beego & Intan Shahira, untuk mengelakkan perkara ini berlanjutan & mengaibkan kedua-dua pihak, akhirnya Beego melafazkan cerai terhadap Intan Shahira dengan talak satu. Mungkin sudah menjadi trend sesebuah perkahwinan hanya bertahan tidak lebih sebulan, contohnya Roslin Hashim. Perkahwinan Beego & Intan Shahira hanya bertahan 10 hari sahaja.
Menurut perjanjian bersama yang ditandatangani, Intan tidak akan menuntut apa-apa dari bekas suaminya sementara Beego hanya meminta untuk diserahkan cincin pertunangan yang bernilai RM13,700.
OHBULAN! kata, berkira betul Beego ni, cincin tunang pun di’tuntut balik. Memang dasar jantan sengkek.
Bukan OHBULAN! reka cerita, ini datangnya dari portal hiburan No.1 Malaysia, Murai. Nampaknya cerita ini akan panas tidak lama lagi.
Al-kisahnya, seorang wartawan Murai ini pergi menonton tayangan tengah malam wayang hantu Spanish, KM31. Selepas wayang habis, maka teranglah panggung itu & ketika itulah orang ramai terperasan akan kehadiran Ustaz Akhil Hayy bersama Waheeda.
Kejadian ini berlaku di 1 Utama, Petaling Jaya. Selepas perasan akan mata orang ramai yang memandang, Ustaz Akhil Hayy di’lihat berjalan jauh dari Waheeda ke tempat letak kereta. Mahu cover line mungkin, tapi sudah terlambat.
Pelik juga OHBULAN! kerana jika mereka belum bernikah (seperti yang mereka nafikan), apa yang mereka buat berdua-duaan menonton wayang di tengah malam?
Kalau sudah bernikah, mengaku sahajalah Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Bukan peminat mahu marah, malah timbul pula cerita kurang enak begini.