
Tatkala melihat statistik salah satu web lain kepunyaan penulis, pelik juga kerana melihat anjakan pengunjung yang agak ramai. Rupa-rupanya, ramai pengunjung mencari permainan Tendang Norman Hakim yang pernah penulis paparkan di’blog tersebut. Harian Metro, rasanya kehabisan idea untuk melariskan jualan surat khabar mereka, mengeluarkan berita mengenai permainan tersebut, sedangkan game itu sudah lama berada di’internet.
Sedikit tips untuk anda,
Bagi mendapatkan tendangan yang paling jauh, anda perlu memastikan punggung Norman Hakim betul-betul rendah, timing juga kena tepat. Kadang-kadang, Norman Hakim pandai mengacah kita, lantas menghasilkan tendangan yang tidak mantap. Ingat, timing kena tepat ya!
p/s: Memey Suhaiza panggil ibu Norman ‘Mak’. What the Fish?

NAMPAKNYA kisah kontroversi yang melanda diri pelakon muda ini belum lagi reda. Belum pun habis isu khalwat yang melanda dirinya dan aktor Norman Hakim, kisah ‘ketegangan’ antara Memey dan aktres Abby Abadi nampaknya terus diperkatakan.
Setelah dituduh sebagai perampas dan pemusnah rumahtangga, kali ini Memey dikatakan menjadi punca utama bekas isteri Norman itu menarik diri dari membintangi filem arahan Eddie Pak atau nama Islamnya, Mohd Aliff Najmi Abdullah berjudul Dimensi Cinta.
Teruskan Membaca →

Semalam, laporan tulisan Harian Metro menulis yang imej terbaru Norman Hakin ini seolah-olah memberikan amaran kepada janda meletup’nya, Abby Abadi.
Namun yang sebenarnya, Norman menegaskan yang imej botak beliau tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi Abby Abadi.
“Bila tengok cermin, saya bercakap dengan diri saya sendiri. Saya berkata, saya mahukan sesuatu yang baru dan segar. Inilah reborn (kelahiran semula) Norman Hakim”
“Kehidupan saya macam biasa cuma pada waktu tertentu, saya rasa hiba dan sepi. Selalunya apabila bersolat dan berdoa, hati saya selalu menjadi sebak,” kata Norman Hakim kepada wartawan Murai.
Kredit Teks & Foto: Botak – Imej Terbaru Norman Hakim

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2008 yang penuh kontroversi ini akan tamat. Penulis berbakat di’Gua.com.my telah menyeranaikan 10 Berita Hiburan Paling Panas 2008.
Berikut adalah senarai ringkas kisah panas yang berjaya masuk carta; Teruskan Membaca →

Agak mengejutkan apabila Erin Malik (2362 undi ) berjaya memperoleh undi yang jauh lebih besar berbanding Diana Danielle (1923 undi) walaupun ada antara pembaca OHBULAN! tidak mengenali siapa Erin Malik.
Tahniah Erin & semoga tercapai doa peminat untuk melihat Erin Malik sebagai primadona baru filem Melayu satu hari nanti.
Hari ini, OHBULAN! ketemukan dua selebriti yang boleh di’katakan paling menyerlah dalam mewarnai kontroversi dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang 2008. Fasha Sandha dengan gossip hubungan bersama beberapa VIP & suami seorang selebriti wanita lain.
Memey Suhaiza dengan kontroversi tangkap khalwat bersama Norman Hakim. Walaupun berlaku ketika penghujung tahun, Memey Suhaiza akan di’kenang sebagai salah seorang ikon kontroversi 2008.
Siapakah Antara Mereka Layak Digelar Ratu Kontroversi 2008?
- Memey Suhaiza (59%, 3,933 Votes)
- Fasha Sandha (41%, 2,689 Votes)
Total Voters: 6,622

Loading ...
Entri ini di’klasifikasikan sebagai Gossip & pertimbangan rasional dari anda amatlah di’perlukan.
Beberapa hari lalu, Harian Metro menulis tentang gelagat seorang artis wanita yang ditangkap mabuk bersama lelaki yang baru sahaja di’perkenalkan sebagai kawan.
Artis wanita ini dilaporkan baru sahaja menerima musibah yang menyentuh hati ramai pihak.
Menurut tulisan tersebut, satu Malaya sedang bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau & artis wanita ini juga di’bebaskan atas dasar simpati pihak penguatkuasa.
Hari ini, Berita Harian menulis tentang penipuan Norman Hakim berhubung lawatan beliau ke rumah Memey Suhaiza & OHBULAN! tidak terkejut dengan perkara tersebut.
Ada satu ayat sebagai penutup artikel tersebut menasihati Abby Abadi untuk berfikir masak-masak sebelum melakukan apa-apa kerana penulis banyak mendengar kisah tak sedap berkaitan Abby.
“…macam-macam kisah tak sedap pasal Abby yang Cik Normah dengar. Pada Abby pula, sebelum buat apa-apa fikirkan masak-masak impaknya, kasihan dekat anak-anak yang masih kecil.”
Ada juga yang membuat spekulasi cerita ini berkaitan dengan Erema yang juga sedang bergelut dengan tuntutan penceraian dari Seri Bayu.
Kredit: [1] Mabuk Di Sisi Teman Baru | [2] Tak Kuasa Dengan Kenyataan Norman