OHBULAN! ingatkan yang Norman Hakim di’tamatkan terus kontraknya dengan Gerak Khas.
Namun Yusof Haslam dalam kenyataan terbaru berkata Norman Hakim akan kembali April ini setelah di’gantung selama 3 bulan.
Yusof Haslam yakin sikap professional mereka akan membolehkan mereka berdua bekerjasama sebagai pelakon drama bersiri kegemaran ramai tersebut.
“Saya tidak menolak kemungkinan mereka akan bertemu lagi dalam Gerak Khas dan saya yakin mereka dapat bekerjasama secara profesional walaupun kisah peribadi mereka menjadi tajuk utama media cetak sebelum ini”
Kredit Teks & Sumber: Norman, Abby Berganding Lagi (Harian Metro)
Oleh kerana Abby Abadi kini secara rasmi bukan milik sesiapa, maka sudah tentu’lah akan mula timbul gossip yang mengaitkan beliau dengan lelaki lain.
Seperti semua sedia maklum, Zulkifli Ariffin adalah gandingan baru Abby Abadi dalam drama Gerak Khas dan ketika di’tanya tentang hubungan mereka, pantas mereka menjawab mereka hanya teman biasa.
Zulkifli di’lihat ada di mahkamah ketika Norman Hakim melafazkan cerai terhadap Abby Abadi.
Gossip terbaru mengatakan Zulkifli Ariffin ini baru sahaja putus cinta dengan kekasih beliau betul-betul ketika pergolakan rumahtangga Abby Abadi & Norman Hakim.
Mungkin secara kebetulan atau takdir sudah menentukan begitu. Dengar cerita, Zulkifli Ariffin ini bekas pelajar UiTM Melaka & juga bekas model seluar dalam.
Selautan penghargaan & terima kasih: little_pixie (www.jiwang.org)
Nampaknya Skop Production dengan pantas telah menemui pengganti Norman Hakim dalam drama Gerak Khas.
Zulkifli Ariffin yang berusia 22 tahun bakal menggantikan Mohamed Nurhakim Zaidon (Nama Sebenar Norman Hakim) bermula Januari hadapan.
Dengan kes penceraian Abby-Norman yang belum selesai, Zulkifli turut di’kaitkan dengan Abby yang sedang bergelar ‘janda tidak rasmi’. Mana tahu Abby berkenan dengan darah muda ‘kan? Teruskan Membaca →
Tiada sebab lain lagi. Dek kerana kes khalwat dengan Memey Suhaiza hujung bulan lalu, Norman Hakim terpaksa melupakan Gerak Khas apabila Skop Production menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa pertengahan Disember ini.
Ironi’nya, Abby Abadi akan di’serap semula ke’dalam Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Asisten Supritendan Aleeza. Abby akan memulakan pengambaran watak beliau bermula Januari depan.
Memey Suhaiza juga mengalami nasib yang sama apabila di’gugurkan dari senarai pelakon utama drama berjudul Issandra yang sepatutnya memulakan penggambaran pada awal November lalu.
Kredit: Kontrak Norman ditamatkan (KOSMO! Online)