Arkib: Gosip Artis

Welcome Back To OHBULAN! Ditujukan Kepada Diri Sendiri

Dikemaskini oleh M pada March 4th, 2010

Salam,

Setelah sekian lama M berdiam diri maka tibalah masa untuk M munculkan diri. Tau pula korang boring layan OHBULAN. Kalau M sendiri pun mesti naik bosan dan dok maki hamun admin blog ini. Tapi apakan daya, terpaksa lah M maki diri sendiri akibat membiarkan perasaan pengunjung OHBULAN diperkotak-katikkan. Jangan sampai rasa seperti dirimu itu ayam katik sudahlah.Hehe!

Untuk pengetahuan umum, M bukan kena buatan orang atau ditangkap polis mahupun FRU. M masih sihat seperti biasa, cuma keadaan tidak mengizinkan M untuk melekat dengan blog untuk beberapa hari (ERKKK!!). Tapi memang dalam beberapa HARI ini M tidak berapa sihat dan tak boleh menghadap skrin komputer . Tapi Cak!! Sekarang sudah OK!

-.-

-.-’

=))

Nampak OK tak?

Harap pengunjung OHBULAN dapat memaafkan M kerana membiarkan hati  semua orang punah dan kecewa dengan M.

Boleh tak gunakan alasan “hibernating myself from gossip”? Haha!

P/S : Sila bertanya khabar M di komen ya?

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Motif Aidil Zafuan Larang Rita Berlakon Dalam Drama Suraya

Dikemaskini oleh M pada December 10th, 2009

Mungkin sudah tiba masa Aidil tidak senang duduk. Mana tak nya isterinya seorang pelakon. Memang banyak saja tawaran yang diberikan kepada Rita. Namun dalam bab kali ini ura-ura mengatakan bahawa Aidil Menghalang Rita berlakon kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut ada berlakon bersama-sama. Nak dikatakan sejarah antara Remy Ishak dan Rita Rudaini?

Mereka pernah berlakon bersama di dalam drama ‘Jalan Pintas ke Neraka’ dahulu. Dan ada satu babak dimana mereka bersama di dalam bilik air. Takut juga kalau dilepaskan lagi. Mau dalam bathtub pula mereka? Hehe. Sayang isteri dulu lagi penting.

Sebenarnya watak dalam drama Suraya dipegang oleh Rita ,namun telah diganti oleh Zizie Ezette kerana arahan suami tercinta yang tidak mahu Rita berlakon di dalam drama tersebut.

Apa-apa pun semoga cinta antara Aidil dan Rita tidak dihalang oleh sesiapa lagi. Walaupun bola sepak.


(Gambar) Awal Ashaari Dan Scha Kantoi Di Midvalley Megamall

Dikemaskini oleh M pada December 10th, 2009

Comel kan mereka berdua? (M tipu saja) Padahal muka pun tak nampak macam mana nak pastikan kesahihan gambar yang diambil oleh Paparazzi Amatur. Tapi terima kasih juga walaupun hanya menampakkan belakang mereka. Kelihatan susuk tubuh Scha di situ.

Kami tidak pasti bahawa mereka mempunyai hubungan yang intim atau tidak. Tapi dahulu kami pernah mendapat info bahawa informer ini ternampak Scha dan Awal bersama di Castle, Damai (tempat shishalah), dan di Singapore semasa event di sana.

Kami tak tahu jika mereka sengaja merahsiakan hubungan ataupun mereka hanya berkawan rapat. Hanya tuhan yang tahu. Scha comel patut dengan M saja.

Lisa Surihani Tidak Sombong Seperti Yang Digosipkan

Dikemaskini oleh M pada November 18th, 2009

Korang pun tahu Lisa memang seorang yang low-profile tak ada pun heboh-heboh macam certain artis buat statement pelik-pelik. Tapi tuh pun nak ada gosip juga ke? M pernah terjumpa dengan Lisa dan dia tidaklah seperti yang disangka , mungkin korang terjumpa time tuh dia tengok sibuk kot?

Rileklah, jangan memburukkan nama artis yang sedang naik dan tiada masalah sosial or masalah cinta-cinta nih. Antara Lisa,Nora Danish dan Scha. M nak amik Khatumalai lah lagi baik. Haha!


Sedikit soal jawab antara Lisa dan Wartawan HIP di dalam*

TERKEJUT dan sedikit berubah air muka pelakon Lisa Surihani ketika diajukan pertanyaan kononnya dia kini semakin berlagak dan besar kepala selepas mengecapi populariti dan dunia glamor seorang artis.Bukan tuduhan kosong atau saja-saja mereka cerita, tetapi menyelak kembali kisah Lisa yang pernah ditulis media, ada yang mempertikaikan keperibadian gadis berwajah ayu ini yang kononnya tidak mesra dan sering bersikap acuh tak acuh ketika diwawancara.

Bukan saja pembawakan dirinya menjadi bahan pertikaian tetapi penampilan pelakon yang dikenali menerusi filem I’m Not Single ini juga pernah dikritik hanya kerana sering berpakaian ringkas serta tidak gemar bersolek dan berdandan. Memang sukar memuaskan hati semua pihak tetapi sebagai artis, Lisa tidak dapat lari dari menjadi perhatian. Dan sama ada dia suka ataupun tidak, Lisa harus akui, sebagai artis dia kena selalu tampil cantik dan bergaya di hadapan khalayak.

Pun begitu, biarpun dakwaan itu menurut Lisa tidak semuanya benar namun sedikitpun dia tidak melatah atau melenting.Sambil mengukir senyuman, Lisa dengan rendah diri memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan sikapnya yang tidak disengajakan itu.

Katanya, sebagai orang baru dalam bidang ini, ada ketika dia sendiri keliru antara kehendak diri sendiri serta kepuasan orang yang berada di sekelilingnya.

Mungkin bagi Lisa, apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan tetapi bagi pandangan orang lain, ia mungkin melukakan mereka. Justeru, enggan terus terperangkap dalam situasi yang tidak menyenangkan itu, tegas pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ini,dia akan cuba memperbaiki kesilapannya dan berharap usaha itu dapat membersihkan kembali namanya yang sudah tercemar itu.

Teruskan Membaca →

Anith OIAM 3 Tunjuk Jari Hantu? Hantu Betul!

Dikemaskini oleh M pada October 26th, 2009

Baru sahaja cerita tentang artis maki hamun call centre. Tiba-tiba ini pula gambar artis tunjuk jari hantu? Lagi-lagi artis tak ada adab perpatih. Esh artis maki-hamun, artis mencarut,artis tunjuk jari. Artis ke ni? Kalau kaya macam Neil Amstrong tak apa juga. layankan aja. Anith Sulaiman memang comel, tapi adab mana?

M dapat sumber ini dari ala-mak.com . Baik juga blog ini ya?

Teruskan Membaca →

Artis Memaki Hamun Call Centre, Siapakah Beliau?

Dikemaskini oleh M pada October 26th, 2009

Esh esh esh. Korang ni suka baca gosip kan? haha.  Kalau artis yang dah lama menjanda / menduda memang macamni kot? Bukan artis saja tapi manusia biasa pun. Relek lah hidup panjang lagi. Tak payah lah lepas geram dekat Call Centre. Kesian operator yang menjawab segala makian artis tersebut.

Cerita lagi la pula? Artis tersebut turut memaksa petugas menurut arahan beliau kalau tidak beliau akan mengadu kepada pihak atasan . Esh hot pula kau ha?

Kalau nak marah pun manis la sikit sayang. Maki-maki tak kemana pun oi. Lagi memalukan diri sendiri. Cuba cool kan diri tuh.

Tapi korang segan ke kalau korang dok maki-maki, dan makian korang dirakam oleh operator yang menjawab panggilan tersebut? Siap bagi detail nama kito lagi haa. Malu beb!

Siapakah gerangan artis tersebut?

(Gambar) Intan Ladyana Berposing Seksi Dalam Kereta

Dikemaskini oleh M pada October 12th, 2009

Wah comel sungguh Intan Ladyana sekarang. Lagi berseri dari Scha yang tak habis-habis couple dan clash. Dengar cerita harituh Scha dan Awal ada pergi ke konsert Beyonce di Singapore. Ye ke? Apa-apa la tentang Scha.

Sekarang pasal Intan Ladyana pula. Masih mencari gosip beliau. haha Ini gambar terbaru beliau. Sungguh menarik tertarik kau memang da bomb!

Teruskan Membaca →

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • baby: alif kau mmg nda handsome,sudahlah nda pandai cari pempuan berbulu lebat lagi 2,kesian...
  • Awal Ashari: ape hal korg kutuk2 ak..gua punye suke r nk ckp ape pon n sya..lu ape kesah..jeles gua dapat sya ke?ha?
  • limbo: hey,plz dont talk about royal anymore,klu tahu boleh kena tangkap tau? sal tudung tu, dah memg diwajibkan ke...
  • Al_Yahya: Cari pasangan Syed lagi gempak…..kurang respon negatif…ok
  • Group Al_YAHYA: Tahniah Scha.Sekurang2nya anda telah menaikkan keturunan Al-Yahya yg memang ramai di Malaysia....
  • c0ldblod: jgn dok selak kain orang…kain sendiri terselak.. hmm…yang komen pandai sangat ker? beriye2...
  • Fatina Aziz: tak baik cakap macam tu ya. setiap org ada rezeki masing2… tidak rugi jika kita doakan semoga siti...
  • Fatina Aziz: diharapkan Siti terus bersabar dan terus berusaha untuk hamil. jangan give up ya Siti.. saya pasti...
  • fauziah: ko ni mmg x sdr diry btollah..TIZZZZ ZAKYAH ..KO 2 DAHLAH bsuk haty ado haty nok ko owng...
  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.