
Tiada aral melintang, tup tup keluar pula cerita Rozita Che Wan yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemain bola sepak yang 15 tahun lebih muda dari’nya, tahun depan. Apa kes?
Alahai, frust menongeng para VIP & tokoh kenamaan andai kata cerita ini betul-betul berlaku. Bukan apa, sejak kemunculan Rozita dalam industri hiburan, beliau pernah dikaitkan dengan Datuk K, kononnya Datuk K pernah menghadiahkan kereta kepada beliau. Apa-apa sahaja’lah.
Pemain bola sepak yang dikaitkan dengan Rozita kali ini bernama Mohd. Asrarudin Putera Omar, baru berumur 21 tahun. Kami pun tidak faham dengan taste Rozita. Mungkin beliau sudah muak dengan tipu daya para VIP, maka keputusan’nya mencari lelaki yang lebih ‘innocent’, adalah lebih tepat.

Hasil sudut kamera di’tambah lagi dengan kesan efek khas caption menampak’kan seperti adik kecil ini menuding jari ke dada Rozita Che Wan. Anggap sahaja’lah ini gurauan waktu petang ahad daripada OHBULAN! untuk pembaca, Rozita Che Wan jangan’lah pula terasa hati. Kami, lelaki memang alert perkara-perkara macam ini. Ha ha


KALAU hendak dikira, dalam setahun entah berapa kali pelakon jelita Rozita Che Wan digosipkan berkahwin dengan pelbagai VIP yang semuanya suami orang. Bagaimanapun, Rozita menepis semua gosip itu dengan cara cukup berhemah.
Setiap kali pertanyaan mengenai desas-desus perkahwinannya dengan VIP itu dan ini diajukan kepadanya, dia menjawab dengan senyuman manis terukir di bibir. Bagusnya dia, sedikit pun tidak melatah.
Teruskan Membaca →

Penulis OHBULAN! sebenarnya tergelak besar tatkala membaca thread Forum Cari mengenai kisah payudara Rozita Che Wan dalam drama Rahsia Gambar yang di’tayangkan semasa sesi Cerekarama, Sabtu lepas. Rata-rata mengakui aset tidak ternilai milik Rozita Che Wan itu makin lama makin menonjol dari masa ke semasa. Malah lebih ranum & sihat walaupun selepas menjalani pembedahan kanser usus.
Teruskan Membaca →

Menurut mStar, ada sumber yang boleh di’percayai mengatakan yang Rozita Che Wan sudah pun menempah kain untuk membuat baju perkahwinan.
Rozita Che Wan di’khabarkan akan menamatkan zaman janda’nya dengan kekasih hati tidak lama lagi. Rozita yang sememangnya seorang selebriti yang pantas menangkis gossip menafikan dakwaan tersebut.
”Tak pun, saya rasa orang tu dah salah faham sebab yang nak kahwin tahun depan ialah dua orang adik saya, Jaja dengan Shidi.,” kata Rozita kepada wartawan. Teruskan Membaca →
Ingat lagi gossip Datuk K hadiahkan sebuah BMW untuk Rozita Che Wan. Kemungkinan besar gossip itu hanya gossip semata-mata kerana Rozita sendiri menafikan perkara tersebut apabila di’ajukan oleh seorang wartawan hiburan.
Akan tetapi, kisah cinta antara Rozita Che Wan & Zizan Nin yang pernah bergelar dalam industri gossip hibuan Malaysia kini nampaknya semakin mekar.
Rozita & Zizan di’katakan bijak menyembunyikan hubungan mesra mereka sebagai kekasih tetapi keakraban mereka tampak jelas ketika berada di’lokasi & ini menjadi buah mulut para pelakon & krew.
Walaupun Rozita Che Wan adalah seorang janda yang mempunyai anak, penampilan & attitude Rozita mampu menggegarkan hati ramai lelaki.
Jika benar cinta antara mereka masih ada, OHBULAN! sentiasa mendoakan kebahagian mereka berdua kerana dua-dua sama cantik sama padan.