
Berita yang kami terima pagi ini amat menyedih’kan, pengarah yang pernah muncul dengan filem Sepet telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Beliau koman 3 hari selepas di’serang strok tempoh hari, dan sepanjang tempoh tersebut, Yasmin Ahmad hanya menerima alat bantuan sokongan hayat.
Yasmin Ahmad rebah secara tiba-tiba di pejabat Sri Pentas ketika bermesyuarat bersama Siti Nurhaliza & Datuk K. Selepas ini, blog YasminTheStoryTeller mungkin akan sunyi selama’nya. Sekali lagi, sampai’kan Al-Fatihah kepada’nya.

