Minggu lepas talian panas kring-kring berdering dari pagi sampai ke subuh sebab ramai sangat orang nak tahu siapa personaliti TV dan bos yang kena cekup dengan orang pejabat agama tu?
Yang telefon tu bukan saja pembaca tapi ada juga penerbit rancangan yang memang nak tahu dan nak teka siapakah personaliti yang dimaksudkan.
Tapi minggu ni ada cerita lain pula mengenai seorang personaliti TV kena cekup pula dengan seorang VIP.
Ada sumber terdekat bercerita, VIP tersebut yang bergelar Datuk memang syok “giler” dengan personaliti TV itu sehinggakan dia sanggup jemput wanita itu pulang dari luar negara.
Nak dijadikan cerita semasa jumpa tu, si VIP sudah ajak personaliti berkenaan singgah di sebuah hotel kononnya nak bincang sesuatu.
Teruskan Membaca →

Tatkala melihat statistik salah satu web lain kepunyaan penulis, pelik juga kerana melihat anjakan pengunjung yang agak ramai. Rupa-rupanya, ramai pengunjung mencari permainan Tendang Norman Hakim yang pernah penulis paparkan di’blog tersebut. Harian Metro, rasanya kehabisan idea untuk melariskan jualan surat khabar mereka, mengeluarkan berita mengenai permainan tersebut, sedangkan game itu sudah lama berada di’internet.
Sedikit tips untuk anda,
Bagi mendapatkan tendangan yang paling jauh, anda perlu memastikan punggung Norman Hakim betul-betul rendah, timing juga kena tepat. Kadang-kadang, Norman Hakim pandai mengacah kita, lantas menghasilkan tendangan yang tidak mantap. Ingat, timing kena tepat ya!
p/s: Memey Suhaiza panggil ibu Norman ‘Mak’. What the Fish?

Klik untuk melihat galeri gambar Memey Suhaiza atau teruskan membaca artikel di’bawah.
Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.
“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu
“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Petikan di’atas adalah dari Utusan Malaysia & dua clue yang kuat mengaitkan Norman Hakin dengan kes tangkapan ini adalah beliau adalah satu-satunya pelakon siri gerak khas yang baru menimang cahayamata & Norman Hakim dan Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan,. Malaysia (MY).