Arkib: Live

Dan Kegilaan Pun Berterusan: Siaran Langsung Penganugerahan Datuk Shah Rukh Khan

Dikemaskini oleh M pada October 23rd, 2008


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka pada 29 November depan untuk menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan darjah tersebut akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-70 pada 11 Oktober lalu. – Utusan Malaysia Online

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Lee Chong Wei layak ke peringkat akhir badminton Olimpik 2008

Dikemaskini oleh M pada August 15th, 2008

Lee Chong Wei memastikan pingat Olimpik keempat buat Malaysia apabila berjaya menangani tekanan, untuk layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki saingan badminton setelah menundukkan pemain Korea Selatan Lee Hyun-Il 21-18, 13-21, 21-13.

Pemain berusia 26 tahun itu kemudian memeluk jurulatihnya Misbun Sidek kerana terlalu gembira dapat menamatkan kemarau pingat buat negara selama 12 tahun.

Chong Wei, pilihan kedua, akan bertemu sama ada pilihan utama Lin Dan dari China atau seorang lagu pemain China, Chen Jin bagi merebut pingat emas malam Ahad ini.

Pada set pertama, Chong Wei kelihatan seperti yakin tidak menghadapi masalah untuk layak ke perlawanan akhir setelah menang 21-18 berikutan lawannya banyak melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, pada set kedua beliau kehilangan 10 mata untuk membolehkan Hyun-Il mendahului 16-6 dan kemudian menang 21-3 bagi memaksa perlawanan berlanjutan ke set ketiga.

Pada set ketiga, Chong Wei tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila mendahului 15-10 sebelum menang 21-13.

” Perlawanan akhir itu adalah perjuangan untuk Malaysia. Kemenangan ini untuk saya dan jurulatih saya yang bekerja keras melatih saya,” kata Chong Wei selepas berakhirnya saingan sejam itu di gimnasium Beijing University of Technology.

Artikel & maklumat lanjut di Bernama Online.

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Awal Ashari: ape hal korg kutuk2 ak..gua punye suke r nk ckp ape pon n sya..lu ape kesah..jeles gua dapat sya ke?ha?
  • limbo: hey,plz dont talk about royal anymore,klu tahu boleh kena tangkap tau? sal tudung tu, dah memg diwajibkan ke...
  • Al_Yahya: Cari pasangan Syed lagi gempak…..kurang respon negatif…ok
  • Group Al_YAHYA: Tahniah Scha.Sekurang2nya anda telah menaikkan keturunan Al-Yahya yg memang ramai di Malaysia....
  • c0ldblod: jgn dok selak kain orang…kain sendiri terselak.. hmm…yang komen pandai sangat ker? beriye2...
  • Fatina Aziz: tak baik cakap macam tu ya. setiap org ada rezeki masing2… tidak rugi jika kita doakan semoga siti...
  • Fatina Aziz: diharapkan Siti terus bersabar dan terus berusaha untuk hamil. jangan give up ya Siti.. saya pasti...
  • fauziah: ko ni mmg x sdr diry btollah..TIZZZZ ZAKYAH ..KO 2 DAHLAH bsuk haty ado haty nok ko owng...
  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
  • lost guy: Memang benar tak sempurna iman sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Tapi dah...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.