
Perlukah Akademi Fantasia di’teruskan? Dalam kegawatan & kebosanan orang ramai terhadap rancangan realiti, Astro nampaknya mahu berjudi atas tiket mengharapkan keajaiban atau akan muncul Mawi ke-2 dengan aura yang lebih.
Salah satu kolum hiburan popular hari ini menyebut, Aznil Hj.Nawawi dikatakan bakal menduduki kerusi pengetua AF selepas meninggalkan satu musim AF yang lalu.
Ada juga khabar angin sebelum ini yang mengatakan Aznil akan kembali menjadi pengacara. Tidak sukakah orang ramai pada AC Mizal?

