Arkib: Mawi

Bakal Suami Aenn Kembar Kepada Ekin?

Dikemaskini oleh M pada September 2nd, 2009

Wah, ini mungkin adalah gambar bakal suami Aenn iaitu seorang duda dan ahli perniagaan. Tidak kisahlah asalkan kaya. Haha. Itulah yang hanya kami dapat ungkapkan kerana masih belum ada detail lagi tentang status sebenar dan apa perancangan Aenn akan datang. Aenn kelihatan masih lagi menyimpan rahsia. Cepatlah Aenn, kami tak sabar nih!

Inikah wajah lelaki tersebut? Nantikan di pawagan berdekatan akan datang.

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

(Lepas Geram!) Game Tendang Norman Hakim, Cipta Rekod Anda – Lawan Rekod OHBULAN!

Dikemaskini oleh M pada March 4th, 2009

Tatkala melihat statistik salah satu web lain kepunyaan penulis, pelik juga kerana melihat anjakan pengunjung yang agak ramai. Rupa-rupanya, ramai pengunjung mencari permainan Tendang Norman Hakim yang pernah penulis paparkan di’blog tersebut. Harian Metro, rasanya kehabisan idea untuk melariskan jualan surat khabar mereka, mengeluarkan berita mengenai permainan tersebut, sedangkan game itu sudah lama berada di’internet.

Sedikit tips untuk anda,

Bagi mendapatkan tendangan yang paling jauh, anda perlu memastikan punggung Norman Hakim betul-betul rendah, timing juga kena tepat. Kadang-kadang, Norman Hakim pandai mengacah kita, lantas menghasilkan tendangan yang tidak mantap. Ingat, timing kena tepat ya!

p/s: Memey Suhaiza panggil ibu Norman ‘Mak’. What the Fish?

Ibu Mawi Dalam Keadaan Nazak, Doakan Ye!

Dikemaskini oleh M pada February 23rd, 2009

Al-kisahnya ada seorang pembaca memberikan maklumat bahawa ibu Mawi sedang nazak. Menurutnya, beliau mendapat tahu mengenai berita tersebut setelah terdengar desas-desus daripada seorang wartawan ketika menghadiri konsert Final MyStarz LG. Di’sebabkan itu’lah Mawi tidak dapat menghadiri konsert berkenaan dan tidak dapat menghiburkan peminatnya.  OHBULAN! masih tidak pasti mengenai kebenaran berita ini, tapi di’harapkan kepada semua pengunjung OHBULAN! agar dapat mendoakan kesejahteraan ibu Mawi.

(Gambar) Imej Botak Simbol Kelahiran Semula Norman Hakim

Dikemaskini oleh M pada December 26th, 2008

Semalam, laporan tulisan Harian Metro menulis yang imej terbaru Norman Hakin ini seolah-olah memberikan amaran kepada janda meletup’nya, Abby Abadi.

Namun yang sebenarnya, Norman menegaskan yang imej botak beliau tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi Abby Abadi.

“Bila tengok cermin, saya bercakap dengan diri saya sendiri. Saya berkata, saya mahukan sesuatu yang baru dan segar. Inilah reborn (kelahiran semula) Norman Hakim”

“Kehidupan saya macam biasa cuma pada waktu tertentu, saya rasa hiba dan sepi. Selalunya apabila bersolat dan berdoa, hati saya selalu menjadi sebak,” kata Norman Hakim kepada wartawan Murai.

Kredit Teks & Foto: Botak – Imej Terbaru Norman Hakim

(Gambar) Menjelang Majlis Kahwin Mawi-Ekin Esok

Dikemaskini oleh M pada December 20th, 2008

Ketika entri ini di’tulis, kemungkinan besar Ekin sudah sah menjadi milik Mawi selepas majlis akad nikah yang di’jadualkan berlangsung malam tadi. Sebagai pembuka tirai kepada coverage yang tidak akan habis-habis seminggu dua ini, kita tatap sedikit gambar salah satu sessi fotografi untuk majalah tempatan yang sempat di’jalankan.

Jika sebelum ini bertemakan tahun 50′an, kali ini Mawi-Ekin mengenakan sentuhan sedikit moden. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca →

Mawi & Ekin Batal Suite RM1,500 Untuk Malam Pertama

Dikemaskini oleh M pada December 18th, 2008

Satu tindakan bijak oleh Mawi & Ekin untuk mengurangkan belanja mewah pada hari bahagian mereka.

Harian Metro melaporkan yang Mawi & Ekin telah membatalkan tempahan suite di sebuah hotel mewah di Johor Bahru pada saat-saat akhir.

Suite bernilai RM1,500 semalam itu kini sedang giat dikemaskan bagi menimbulkan suasana bulan madu mengikut konsep kontemporari moden oleh kontraktor dilantik hotel terbabit.

Malah, seluruh tingkat yang menempatkan suite itu juga di’katakan bakal di’tutup kepada orang ramai. Begitu sekali layanan pihak hotel terhadap Mawi.

Ina Naim Tidak Akan Hadir Majlis Perkahwinan Mawi Ekin

Dikemaskini oleh M pada December 17th, 2008

Ouch. Ina nampaknya tegas dalam hal ini apabila menyatakan beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Mawi & Ekin kerana tidak mahu dikaitkan lagi dengan Mawi.

Ina Naim, 23 yang pernah bertakhta di hati pemuda Felda Taib Andak ini juga menyatakan keputusan tersebut juga di’buat demi menghormati suami yang juga ketua keluarganya kini.

“Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.”

“Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya.”

Kredit Teks: Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi Ekin (Murai)

Arkib

Anda sedang melayari arkib OHBULAN!.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • srikandi naja: Assalamualaikum,ya ummah.jgn sesekali menfitnah dan membuka aib org..klk dirimu ketandusan...
  • umarda'i: seeppp lisa bahenol kkkkkk
  • fifa: M!!!!!….balik jugak dirimu…..
  • Amir: apsal oh bulan dah jarang update skg?
  • Amir: xpayahla bcinta2 kt twitter. pastu media tanya nafikan plak..
  • kepada antiezham: memang btol pon. aku pon terkene jg dgn jantan ni. ayat bukan men baik lg.. sbb aku x nak bg dia...
  • jerut: hi si r azmi ko tak ada cerita lain ker nak buat ;;;cuba kau buat cerita biji kelentit ko dalam botol best...
  • Hackerghost: Hmm.. Apa2 pun.. Korang perasan tak gambar Siti yang atas tu…. Dia pakai High permanat Marker...
  • fyla: oittt!mara sam karang…
  • roy: mamat rempit,dan kaki driff,kalau dah tak mampu nak beli kereta turbo original,pergi belajar pandai2,baru bolih...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.