Sebuah filem berbajet besar, Mantera akan menampilkan Tomok sebagai superhero dengan memegang gelaran Superman. Filem ini telah melakukan pengambaran di serata tempat, termasuk luar negara. Tidak lupa juga, watak heroin akan dipegang oleh Faezah Elai, satu gandingan yang totally up-side-down. Tapi kita lihat sahaja’lah macam mana nanti.
Ada 2 senario yang membuatkan kami tidak berapa yakin dengan lakonan Tomok sebagai Superman. Pertama, pernah ke anda melihat Superman berbadan kurus keding? Kedua, adakah rambut Tomok yang kebudak-budakan sesuai dengan penampilan Superman yang sentiasa kemas?
Dapatkan Update Paling Rahsia
Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!
Alahai, cantik’nya pelakon Fazura & Maya Karin yang di’ganding’kan dalam filem Pisau Cukur, memang marvellous’lah! Penulis menghidang’kan satu set gambar ‘the making of’ filem Pisau Cukur untuk tatapan peminat Fazura & Maya Karin. Filem ini di’arahkan oleh Bernard Chauly yang di’bintangi oleh Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof & Redza Minhat.
Filem ini mengisah’kan 2 orang gadis pisau cukur, Bella & Intan bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009. Lagi gambar selepas ini…
Maya Karin & suaminya masih lagi memegang title suami-isteri dari kalangan selebriti yang paling kool di mata OHBULAN!. Selepas resepsi perkahwinan mereka yang ‘mesra alam’, kini mereka sekali lagi melakukan sesuatu yang unik.
Mereka berdua di’khabarkan menyambut tahun baru 2009 di’puncak Gunung Kinabalu. Maya Karin katanya telah mengidam untuk memanjat Gunung Kinabalu sejak 10 tahun dulu & kebetula hasratnya sama dengan si suami.
Ketika ada selebriti kita di’tangkap kerana terlibat pesta aneh di’malam tahun baru, Maya Karin dengan tenangnya menikmati keindahan alam bersama orang tersayang.
Menurut satu tulisan akhbar hari ini, seorang primadona filem berusia pertengahan 20-an & masih belum berkahwin baru sahaja selesai membayar deposit RM260,000 (10%) dari nilai beliau rumah baru beliau.
Rumah mewah tiga tingkat yang terletak di Ampang, Selangor itu di’katakan bakal di’duduki oleh primadona tersebut & juga ahli keluarganya yang lain. Sifat yang harus di’puji pada primadona ini.
Mari kita imbas, siapa primadona yang menguasai filem Malaysia dalam masa 5 tahun kebelakangan ini & masih belum berkahwin? Maya Karin. Erra Fazira. Fasha Sandha!
Maya Karin basah dalam air. Bukan satu situasi yang biasa kita lihat.
Gambar-gambar berikut di’rakamkan ketika Maya Karin menjadi selebriti jemputan untuk Putrajaya 25th Waterski World Cup 2008 yang berlangsung di well.. Putrajaya.
Ada beberapa keping gambar yang boleh di’nobatkan sebagai seksi & jika mata yang memandang cukup tajam, gambar-gambar ini adalah pemanis mata. Lagi gambar selepas ini… Teruskan Membaca →
Maya Karin yang selamat diijabkabul bersama pasangan di’Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos lalu, baru sahaja menjalankan majlis persandingan mereka di’Malaysia. Majlis yang berlangsung di’Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu menunjukkan Maya Karin adalah seorang yang menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar. Teruskan Membaca →
Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Maya Karin Roelcke, 28, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose, 38, tepat jam 5 petang waktu tempatan (waktu Malaysia 11 malam) semalam, 14 Ogos.
Maya dan Ali dinikahkan oleh imam yang berasal dari Algeria, Imam Abdullah, bertempat di Villa Corte de Lago, yang terletak berhampiran dengan pusat peranginan terkemuka, Lake Como dengan bersaksikan 60 anggota keluarga terdekat dan sahabat karib.
Maya yang mengenakan fesyen pengantin rekaan Syaful Bahrim dan disolek oleh Khir Khalid dari Kuala Lumpur, kelihatan sungguh anggun dan gembira.