
Arkib: Norman Hakim-Memey Suhaiza
(Gambar) D’Western Taste Kedai Makan Norman Hakim – Memey Pelayan Kot?
Dapatkan Update Paling Rahsia
Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!
(Lepas Geram!) Game Tendang Norman Hakim, Cipta Rekod Anda – Lawan Rekod OHBULAN!

Tatkala melihat statistik salah satu web lain kepunyaan penulis, pelik juga kerana melihat anjakan pengunjung yang agak ramai. Rupa-rupanya, ramai pengunjung mencari permainan Tendang Norman Hakim yang pernah penulis paparkan di’blog tersebut. Harian Metro, rasanya kehabisan idea untuk melariskan jualan surat khabar mereka, mengeluarkan berita mengenai permainan tersebut, sedangkan game itu sudah lama berada di’internet.
Sedikit tips untuk anda,
Bagi mendapatkan tendangan yang paling jauh, anda perlu memastikan punggung Norman Hakim betul-betul rendah, timing juga kena tepat. Kadang-kadang, Norman Hakim pandai mengacah kita, lantas menghasilkan tendangan yang tidak mantap. Ingat, timing kena tepat ya!
p/s: Memey Suhaiza panggil ibu Norman ‘Mak’. What the Fish?
Bukan Editor Yang Ku Cari, Tetapi Ahli Perniagaan Menjadi Pujaan Hati Ku – Kisah Cinta Darling Ngasri

Darling Ngasri pernah mencuri tumpuan umum di’sebabkan kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang editor hiburan akhbar tabloid, kini sudah menemui cintanya yang baru. Bukan calang-calang orang yang di’minatinya, lelaki yang bertuah itu adalah seorang ahli perniagaan dari negeri Melaka!
(Gambar) Imej Botak Simbol Kelahiran Semula Norman Hakim

Semalam, laporan tulisan Harian Metro menulis yang imej terbaru Norman Hakin ini seolah-olah memberikan amaran kepada janda meletup’nya, Abby Abadi.
Namun yang sebenarnya, Norman menegaskan yang imej botak beliau tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi Abby Abadi.
“Bila tengok cermin, saya bercakap dengan diri saya sendiri. Saya berkata, saya mahukan sesuatu yang baru dan segar. Inilah reborn (kelahiran semula) Norman Hakim”
“Kehidupan saya macam biasa cuma pada waktu tertentu, saya rasa hiba dan sepi. Selalunya apabila bersolat dan berdoa, hati saya selalu menjadi sebak,” kata Norman Hakim kepada wartawan Murai.
Kredit Teks & Foto: Botak – Imej Terbaru Norman Hakim
(Gambar) Norman Hakim di Rumah Keluarga Memey Suhaiza

Ingat akan gossip beberapa hari lepas yang menyatakan Norman Hakim telah pergi ke rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh hujung minggu lepas? Ini dia sedikit gambar yang membuktikan kehadiran Norman Hakim di’sana.
Norman Hakim tampak gembira berada di’sana seolah-olah tiada apa yang berlaku. Gadis berbaju merah itu kurang pasti identiti’nya — mungkin Memey.
Kredit & Terima Kasih: Huda & Forumer Yang di’Kasihi (Forum aMNet)
Kontrak Norman Hakim Dalam Gerak Khas Tamat: Abby Masuk Balik
Tiada sebab lain lagi. Dek kerana kes khalwat dengan Memey Suhaiza hujung bulan lalu, Norman Hakim terpaksa melupakan Gerak Khas apabila Skop Production menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa pertengahan Disember ini.
Ironi’nya, Abby Abadi akan di’serap semula ke’dalam Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Asisten Supritendan Aleeza. Abby akan memulakan pengambaran watak beliau bermula Januari depan.
Memey Suhaiza juga mengalami nasib yang sama apabila di’gugurkan dari senarai pelakon utama drama berjudul Issandra yang sepatutnya memulakan penggambaran pada awal November lalu.
Kredit: Kontrak Norman ditamatkan (KOSMO! Online)
(Gossip) Norman Hakim ke Rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh: Rai Dengan Majlis BBQ
Mungkin ada peminat hiburan yang sudah bosan dengan cerita Norman Hakim & Memey Suhaiza ini. Tapi, jika ada perkembangan kisah ini, tidak salah berkongsi sesama kita.
Al-kisahnya, seorang penduduk Felda Tenggaroh menceritakan yang beliau pulang ke kampung hujung minggu lalu & orang kampung sibuk bercerita tentang Norman Hakim yang bertandang ke rumah keluarga Memey Suhaiza pada hari Sabtu 22 November 2008.
Tujuan sebenar kedatangan Norman Hakim tidak dapat di’pastikan dan menurut sumber, dengarnya Norman datang untuk meminta maaf kepada ibu bapa Memey Suhaiza. Norman Hakim juga meluangkan masa untuk bermalam di’sana.
Ini bahagian yang menarik, malam hari Sabtu tersebut, ibu bapa & keluarga Memey seolah-olah meraikan kedatangan Norman dengan mengadakan BBQ di’hadapan rumah mereka. OHBULAN! naik hairan, ini melawat minta maaf atau meminang?
Kita nantikan sahaja apa jawapan Norman Hakim & Memey Suhaiza berhubung perkara ini.
Kredit & Terima Kasih: Huda & Forumer Yang di’Kasihi (Forum aMNet)

