
OHBULAN! berulang kali membaca artikel terbitan Harian Metro (Duit lakon pondan haram) mengenai isu berlakon sebagai pondan yang kini giat di’jalankan oleh penerbit filem & drama. Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.
Teruskan Membaca →

Tatkala melihat statistik salah satu web lain kepunyaan penulis, pelik juga kerana melihat anjakan pengunjung yang agak ramai. Rupa-rupanya, ramai pengunjung mencari permainan Tendang Norman Hakim yang pernah penulis paparkan di’blog tersebut. Harian Metro, rasanya kehabisan idea untuk melariskan jualan surat khabar mereka, mengeluarkan berita mengenai permainan tersebut, sedangkan game itu sudah lama berada di’internet.
Sedikit tips untuk anda,
Bagi mendapatkan tendangan yang paling jauh, anda perlu memastikan punggung Norman Hakim betul-betul rendah, timing juga kena tepat. Kadang-kadang, Norman Hakim pandai mengacah kita, lantas menghasilkan tendangan yang tidak mantap. Ingat, timing kena tepat ya!
p/s: Memey Suhaiza panggil ibu Norman ‘Mak’. What the Fish?

NAMPAKNYA kisah kontroversi yang melanda diri pelakon muda ini belum lagi reda. Belum pun habis isu khalwat yang melanda dirinya dan aktor Norman Hakim, kisah ‘ketegangan’ antara Memey dan aktres Abby Abadi nampaknya terus diperkatakan.
Setelah dituduh sebagai perampas dan pemusnah rumahtangga, kali ini Memey dikatakan menjadi punca utama bekas isteri Norman itu menarik diri dari membintangi filem arahan Eddie Pak atau nama Islamnya, Mohd Aliff Najmi Abdullah berjudul Dimensi Cinta.
Teruskan Membaca →

Darling Ngasri pernah mencuri tumpuan umum di’sebabkan kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang editor hiburan akhbar tabloid, kini sudah menemui cintanya yang baru. Bukan calang-calang orang yang di’minatinya, lelaki yang bertuah itu adalah seorang ahli perniagaan dari negeri Melaka!
Teruskan Membaca →
Pulak dah! Isu jam tangan mewah Siti Nurhaliza berharga ratusan ribu itu nampaknya menarik minat semua pihak termasuk Diana Danielle.
Tidak mahu ketinggalan dalam liga penerima hadiah mewah, Diana Danielle menyatakan yang BMW X5 berharga RM560,000 itu adalah hadiah dari ibu tersayang, Norsiah Ramli.
Beberapa bulan lepas, ketika sambutan hari lahir ke-17 beliau, Diana Danielle dengan terang & jelas menyatakan yang pembelian BMW X5 ini menggunakan duit sendiri hasil titik peluh beliau dalam bidang seni.
Antara artis yang turut sama dalam senarai penerima hadiah mewah ini adalah Juliana Banos (Ferrari – RM1 juta), Rozita Che Wan (Jam Tangan – RM18k), & Abby Abadi (Barang Kemas – RMX,XXX).
Kredit Teks: ‘Kami pun dapat hadiah mahal’ (KOSMO!) | Foto: Gua.com.my
OHBULAN! ingatkan yang Norman Hakim di’tamatkan terus kontraknya dengan Gerak Khas.
Namun Yusof Haslam dalam kenyataan terbaru berkata Norman Hakim akan kembali April ini setelah di’gantung selama 3 bulan.
Yusof Haslam yakin sikap professional mereka akan membolehkan mereka berdua bekerjasama sebagai pelakon drama bersiri kegemaran ramai tersebut.
“Saya tidak menolak kemungkinan mereka akan bertemu lagi dalam Gerak Khas dan saya yakin mereka dapat bekerjasama secara profesional walaupun kisah peribadi mereka menjadi tajuk utama media cetak sebelum ini”
Kredit Teks & Sumber: Norman, Abby Berganding Lagi (Harian Metro)