
Selepas berjaya mengutip RM350,000 pada hari pertama tayangan, Cicakman 2 yang merupakan sekuel kepada filem pertama ini di’katakan akan dibawa ke Istana Budaya sebagai teater muzikal.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk mementaskan teater muzikal Cicakman di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pada tahun depan.
“Sebenarnya, kami merancang untuk mementaskan teater muzikal Cicak-Man pada hujung tahun ini.” kata Norman selepas pelancaran KRU Studios di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Kredit Teks: Cicakman akan dipentaskan di IB (Utusan Malaysia Online)

