berita

Pelakon Filem Lelaki Popular Tumbuk & Tendang Penghuni Kondominium?

June 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Disyaki menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut semalam, seorang pelakon lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Tidak dibenarkan masuk

Menerusi laporan Berita Harian, suspek yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan melakukan perbuatan terbabit kepada seorang penduduk di kondominium sama dalam kejadian pukul 8.30 malam hari Khamis yang lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, insiden terbabit terjadi ketika mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa.

Tambah Habibi, mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan.

Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa. Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya.

Ujar Habibi lagi, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam semalam.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×