
Satu tajuk entri yang akan pelik, tapi itulah punchline yang OHBULAN! ingin ketengahkan dalam artikel ini. Ahad lepas, aku & seorang gadis yang agak skeptikal dengan filem melayu bersiar-siaran di Pavilion. Niat kami pada mula’nya ingin menonton filem Surrogate, tapi ada sedikit kekangan masa, maka aku telah memilih filem Papadom lakonan Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Scha (yeah, awesome) sebagai hiburan di hujung minggu.
Biasa’lah, gadis skeptikal ini menarik muka bila aku memilih filem Papadom, katanya ‘Apa kelas tengok cerita Melayu’. Aku mengambil sikap tidak melawan, sambil itu memujuk’nya, ‘You tengok je cerita ni, kalau tak best, kita jangan keluar lagi’. Haha, ugutan paling sadis zaman ini.
Pendek cerita, selepas Papadom berakhir, dia berterima kasih kepada aku. Cerita Papadom berjaya mengubah pandangan skeptikal’nya terhadap filem Melayu. Aku berani jamin bahawa Papadom mampu menyentuh emosi penonton bukan sahaja dengan nilai moral yang ditonjolkan, malah lawak-lawak bersahaja Afdlin Shauki meninggalkan kesan kepada penonton.

