berita

Perdana Menteri Bersemuka Dengan Agong Buat Kali Pertama Setelah 3 Bulan Bersidang Video

June 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mulai hari ini sehingga 31 Ogos, seluruh masyarakat di Malaysia akan melalui satu episod baharu di mana pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Meskipun kerajaan melaksanakan PKPP, rakyat diberikan sedikit kelonggaran untuk merentas negeri dan kebanyakan sektor ekonomi sudah kembali beroperasi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menghadap KDYMM Baginda Agong di Istana Negara secara bersemuka pagi tadi. Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan pertama setelah 3 bulan bersidang dalam Mesyuarat Pra-Kabinet secara sidang video.

Berlangsung selama 1 jam 15 minit

Sesi hari ini, yang berlangsung selama 1 jam 15 minit dari jam 8.30 pagi, diadakan secara bersemuka susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuatkuasa hari ini hingga 31 Ogos 2020. Kali pertama mesyuarat Pra-Kabinet antara kedua-dua pemimpin dan berlangsung secara bersemuka ialah pada 18 Mac, 2020 di Istana Melawati, Putrajaya selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac, 2020 dan diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri-menteri Kabinet pada 10 Mac 2020.

Mesyuarat Pra-Kabinet berikutnya telah berlangsung pada 15 April 2020 setelah Al-Sultan Abdullah, KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga menjalani kuarantin diri selama 14 hari di Istana Negara bermula 25 Mac, 2020 di atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan beberapa kes positif Covid-19 yang melibatkan kakitangan Istana Negara.

Menerusi Instagram Istana Negara, Tan Sri Muhyiddin Yaasin tiba di Istana Negara dan memulakan mesyuarat dengan Yang di-Pertuan Agong sekitar jam 8.30 pagi. Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan yang pertama secara bersemuka selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dan jawatan Menteri-menteri Kabinet pada bulan Mac yang lalu.

Bertukar pendapat

Sesi tersebut julung kalinya diadakan menerusi sidang video berikutan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Sesi-sesi berikutnya turut berlangsung menerusi sidang video berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan sesi kali terakhir menerusi sidang video diadakan minggu lepas, pada 4 Jun, 2020. Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Menurut Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan Sultan Abdullah bersama Perdana Menteri untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai isu-isu yang berbangkit berkaitan kerajaan.

Antara foto Mesyuarat Pra-Kabinet

Sumber: Istana Negara & Muhyiddin Yassin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×