berita

Peserta Dewi Remaja Kena ‘Kuarantin’ Selama 54 Hari, No More Party!

October 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Teka teki mengenai 12 peserta Dewi Remaja 2019 akhirnya terjawab apabila sidang media mengenai program tersebut sudah berlangsung baru-baru ini. Disebalik pengumuman tersebut, viral video salah seorang peserta Top 20 yang terjatuh sebanyak tiga kali ketika  catwalk di sidang media berkenaan.

Menerusi laporan Mstar, peraturan pertandingan Dewi Remaja kali ini akan diperketatkan lagi bagi mengelakkan kontroversi melibatkan masalah sosial yang terjadi sebelum ini tidak akan berulang kembali.

Dikuarantin dan dipantau

Menurut Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad, 12 peserta yang dipilih akan dikuarantin di sebuah rumah khas sepanjang program tersebut berlangsung. Di samping itu, perkembangan media sosial mereka akan dipantau bagi mengelakkan peristiwa yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang kembali.

Dewi remaja kali ini menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin sepanjang 54 hari berterusan di sebuah rumah khas. Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama berulang.

Sebelum ini, pertandingan tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila kejuaraan Haneesya Hanee ditarik balik berikutan video miripnya di sebuah kelab malam tersebar di laman sosial. Pada masa yang sama, perkara tersebut telah menjejaskan imej pertandingan yang telah melahirkan ramai selenriti popular tanah air.

Lubang punca terjatuh

Sebelum ini, salah seorang peserta Top 20 Dewi Remaja 2019, Farzana Zainul terjatuh sebanyak tiga kali di atas pentas acara semasa melakukan catwalk. Menerusi laporan Hangat.com, Farzana memberitahu bahawa terdapat lubang kecil pada pentas itu yang menjadi punca mengapa dia boleh terjatuh. Kesan kecederaan yang dialami menyebabkan dia terjatuh beberapa kali tidak lama kemudian selepas gagal menahan sakit.

Satu kategori baharu berkaitan pengetahuan am turut diperkenalkan kali ini dan menjadi salah satu kriteria pemarkahan buat peserta musim ini. Antara peserta yang dipilih bagi musim kali ini ialah Adrianna Fernandez, Shaza Nuriman, Nynaa Harizal, Sharlina Gilbert, Nina Amin, Syamira Izzati, Adriana Ghaafar, Aishah Azhan, Shatirah Amanda, Saidah Syahirah, Myra Natasya dan Syaza Azra.

Sumber: Mstar , Remaja & Hangat.com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×