
Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Astro Entertainment Sdn Bhd melalui saluran-salurannya yang pelbagai bakal menghiburkan para penonton dan pelanggan-pelanggan Astro dengan 39 buah program baru termasuk filem.
Lima buah saluran Astro bergabung tenaga bagi memastikan kelancaran penayangan program-program hebat Raya ini iaitu Astro RIA (saluran 104), Astro PRIMA (saluran 105), Astro OASIS (saluran 106), Astro CITRA (saluran 131) dan Astro WARNA (saluran 132).
Kemeriahan sambutan Hari Raya menjadi lebih menarik apabila Astro telah membariskan himpunan program dan genre yang diwarnai dengan nama-nama hebat dalam arena hiburan tanah air di sepanjang 9 hari ‘Istimewa Tayangan Raya’. Mega Raya Astro, Lemang Si Bujang Sepah, Habibi Mawi Aidilfitri, Rumah Baru Bini Baru Baru Raya!, Lantera Aidilfitri Dato’ Siti, Cinta Meriam Buluh, Duyung dan Glamor Raya adalah di antara rancangan-rancangan yang pastinya menyengat dan mendapat sambutan ramai.

