Apa lah kejadah dekat facebook pun leh bergaduh. Mungkin bergaduh secara minda. Tapi tengoklah kan dah timbul kontroversi. Kalau dilihatkan mesti banyak komen ganas akan keluar tak lama lagi,bukan nak memburukkan artis. Tapi memang terbukti mereka menunjukkan ketidakmatangan dengan meluahkan perasaan di laman web tersebut kerana undian sehati berdansa. Bukan ke Sehati Berdansa nih diwujudkan untuk membantu badan kebajikan di Malaysia?
Macam pelik juga kalau tak dapat hadiah untuk diri sendiri tapi boleh berdebat di Facebook masing-masing. Apa pun kita tak tahu hal sebenar. Mari kita lihat dan memberikan pandangan ok?
P/S : Dira selalu juga keluar TV tapi kurang kontrovesi manakala Sazzy kurang kuar TV tapi news tang dia je banyak.
Dapatkan Update Paling Rahsia
Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!
UPDATE: Sah! Que Haidar Kahwini Linda Jasmine 14 Feb 2009! Berita Lanjut di Murai.com.my
Al-kisahnya percintaan romantis mereka telah lama di’hidu peminat & juga rakan artis.
Namun, Que Haidar mahupun Linda Jasmine masih tidak menunjukkan kemesraan mereka kepada khalayak ramai.
Beberapa minggu lalu, tersebar’lah satu video yang menunjukkan kemesraan mereka berdua di’mana Que di’lihat membelai manja helaian rambut Linda Jasmine.
Kisah terbaru mereka berdua ini di’katakan keluar dari mulut Que Haidar sendiri kepada rakan-rakan terdekat beliau. Que memberitahu yang beliau merancang untuk mengahwini kekasih hati’nya pada tahun 2009. Tetapi, Que tidak menyebut siapa kekasih tersebut.
Kalau Que mahu satu Malaya tertanya-tanya, rasanya tidak perlu kerana hampir semua orang tahu siapa yang d’maksudkan. Selamat berbahagia buat Que Haidar & Linda Jasmine.
Al-kisahnya ketika sessi latihan Sehati Berdansa baru-baru ini, Linda Onn tiba lewat ke lokasi dan kerana itu penerbit program tersebut, Norazian Mohd Zahir mula tidak puas hati dan memarahi Linda.
Sessi latihan pada hari tersebut juga di’katakan serba tidak menjadi dan ini membuatkan Linda Onn naik angin.
Dek kerana terlalu marah, Linda Onn dikatakan mengamuk sakan dengan menendang set pentas sehinggalah kaki berdarah. (Dahsyat wo!) Teruskan Membaca →
Dan, Que Haidar ‘kantoi’ dengan video kamera amatur yang merakamkan aksi romantis beliau bersama Linda Jasmine. Que kelihatan membelai rambut Linda Jasmine di’belakang set Sehati Berdansa 2.
Maka tiada rahsia lagi hubungan Que & Linda. Tunggu kenyataan rasmi dari mereka sahaja nanti.
23 September lalu, pertama kali aku terdengar tentang gossip cinta Fahrin Ahmad & pelakon/model yang semakin naik hari ini, Scha al-Yahya. Mereka berdua kelihatan memakai baju warna sedondon ke sebuah majlis berbuka puasa anjuran majalah EH!. Tetapi cerita ini hanya dengar dari seorang individu sahaja.
Dalan entri berkaitan Awan Dania yang memaparkan wajah Scha, seorang pembaca OHBULAN! menyatakan yang beliau pernah terserempak dengan Fahrin Ahmad & Scha di One Utama (OU) berjalan berpimpinan tangan sepanjang masa. Teruskan Membaca →
Sehati Berdansa kembali lagi dengan musim kedua. Dan, kali ini pengacara yang sama terus mengendalikan program realiti kebajikan ini di’tambah dengan seorang lagi, Awal Ashaari.
Gandingan semula Linda Onn dan Fahrin Ahmad nampaknya menjadi perbualan ramai dek kerana kes ‘teman tapi mesra’ mereka dahulu. Apa kata Fahrin Ahmad & Linda Onn berkaitan hal ini… Teruskan Membaca →
Sehati Berdansa adalah program hiburan yang menampilkan personaliti popular Malaysia menari berpasangan di hadapan penonton. Mereka akan mempersembah tema tarian yang ditetapkan setiap minggu.
Cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah atau di studio pasti menyentuh jiwa penonton.Penonton juga akan didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya. Teruskan Membaca →